Jom sertai Octove.com laman sosial malaysia yang pertama. Daftar guna akaun facebook anda

Orang kata mamat ni ensem

Iklankan perniagaan atau aktiviti anda di sini

Sekitar Royal Belum World Drum Festival Di Ipoh, Perak

Filed in Foto Pilihan , Jemputan Event 8 comments


Malam Gala Festival Dram Dunia Royal Belum 2012 yang berlangsung malam tadi di Ipoh berjaya memukau lebih 1,000 pengunjung yang membanjiri Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Sama seperti tiga siri jelajah sebelum ini iaitu di Taiping, Lumut dan Kuala Kangsar, penonton teruja dengan kehebatan kumpulan dram yang mengambil bahagian.

Untuk edisi Ipoh,

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir turun bagi memeriahkan festival bertaraf antarabangsa ini.

Walaupun pada permulaannya, terasa hujan turun sekejab. Penonton masih datang memenuhi segenap pelosok dataran berkenaan kelihatan tidak berganjak ketika persembahan dimulakan kira-kira pukul 9 malam.

Satu demi satu group daripada 14 pasukan yang mengambil bahagian pada festival dram ini.

Antara pasukan antarabangsa yang menyertainya adalah seperti :-

  • Bonita dari Vietnam,
  • Kelab Malwa Sabhyacharak (India),
  • Natig Rhythm (Azerbaijan),
  • Absolute Thai (Thailand)
  • Saratuspersen (Indonesia)

Tidak kurang hebatnya pasukan dari Malaysia.

Dan malam ini, Siri penjelajahan ini akan diteruskan di lokasi terakhir Gerik, Perak.

Bro akan berada di sana sebagai media. Malangnya nasib kami sebab tidak dapat bermalam di Gerik dimana selepas tamatnya acara malam ini, kami semua akan pulang ke Ipoh.


Bro sempat bergambar di Hotel Syuen, Ipoh.

Banyak pengalaman bro di sini. Antara lokasi yang bro selalu pergi semasa di zaman persekolahan bro.

Bicara Bro : Alhamdulillah ada beberapa orang Ipoh yang menegur bro malam tadi.

Thank sebab sudi tegur bro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted by Bro Framestone   @   26 February 2012 8 comments
Tags :

8 Comments

Comments
Feb 26, 2012
8:18 am
#1 Ammar :

Apa?10k? Ramainya.

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

Memang ramai pun

[Balas Komen Ini]

Feb 26, 2012
8:19 am
#2 fasz :

bro mmg glamour sbb tu ramai tegor :p hahaha ~LOL

[Balas Komen Ini]

Feb 26, 2012
9:09 am
#3 sukacuka :

bukan main asyik lagi awek2 india tu menari..hehehe

[Balas Komen Ini]

Feb 26, 2012
11:36 am

bro xikut bergendang sekali ke?
xtry merisik drummers2 hebat tu utk kenduri kawin bro nnt ke? komfem klu pukul kompang lg power. hehe
Ekspresi Ruang recently posted..CIP Lounge Milik Turkish Airlines Rekaan Autoban

[Balas Komen Ini]

Feb 26, 2012
4:04 pm
#5 zuan :

hehe nice event..

bro dah semakin dikenali.. :D

[Balas Komen Ini]

Feb 27, 2012
9:26 am
#6 Mus :

memang nampak meriahlah kat situ..
Mus recently posted..10 Tempat Penginapan Bajet Di Kota Kinabalu

[Balas Komen Ini]

Mar 5, 2012
11:43 am

Thanks for support Royal Belum World Drums Festival 2012

[Balas Komen Ini]

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous Post
«
Next Post
»
ClearCloud designed by List of UK Banks In conjunction with Alliance & Leicester , Citibank UK , Portman Building Society.