You are here
Home > 1001 Pictures > Konsert Moovment 2011 Bersama Far East Movement Di KL Live

17,411,052 total views, 2,581 views today

Konsert Moovment 2011 Bersama Far East Movement Di KL Live

Baru ada kesempatan nak update blog mengenai Konsert Moovment 2011 yang baru-baru ini bro hadiri.

Berlokasi di KL Live, TuneTalk telah membawa Far East Movement untuk menjayakan konsert ini.

Dan bro datang ke sini sebagai media.

Ini pass media yang bro perolehi.

Pakai pass ini, agak bebas juga la bergerak di lokasi konsert. Tidak terhad di tempat penonton je. Bro sampai ke depan pentas boleh lepak mengambil gambar.

Korang masih ingat tak bro ada buat contest di mana pemenang contest bro akan perolehi sepasang tiket ke Moovment Consert 2011.

Meh bro tayangkan muka-muka pemenangnya yang dapat hadir.

Hazmin Hamudin dan bakal pasangan hidupnya.

Muka macam pernah jumpa, tapi tak tahu dekat mana. Pelandu serupa manusia kot

Nurul Siezuka bersama rakannya.

Sian bro tengok si Nurul ini. Dapat tiket, senyuman sampai ke telingga.

Cuba tengok kalau dia lama menunggu, tapi tak dapat tiket

Tengok…!!!

Kan muncung je mulut die tue… Selamat nampak comel kan 🙂

Aksi NuReLLe bersama kipas ajaibnya.

Di sebelah dia adalah sepupu dia (seperti mana yang dia katakan la kan).

Ini pula keadaan dalam KL Live, full house kan.

Gambar ini bro amik sebelum bro beransur. Saja je duduk di sebelah atas untuk dapatkan visual yang lebih menyeluruh.

Konsert dimulakan oleh persembahan dari DJ-DJ yang di bawa oleh TuneTalk

Yang nie bro tak tahu siapa nama dia.

Agak over juga la persembahan dia. Bajet hot dan ramai perempuan tergila-gilakan dia kot.

Persembahan oleh Far East Movement

Bicara Bro : Bro ada dapat cd percuma dari Far East Movement.

Nanti bro kongsikan di blog untuk korang. Untungnya jadi blogger kan. Asalkan betul nawaitunya dan ramai orang kenal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

9 thoughts on “Konsert Moovment 2011 Bersama Far East Movement Di KL Live

Leave a Reply

Top