Baru sebentar tadi seorang blogger yang agak famous bertanya kepada bro.

Blog personal boleh ke buat duit..??

Lagi-lagi kalau tak terikat dengan Nuffnang yang mampu memberi advertorial beribu-ribu sebulan kepada blogger dibawah naungan mereka.

Dan bro boleh katakan ramai blogger yang mengharap pendapatan dari nuffnang semata-mata tanpa berusaha untuk memantapkan blog.

Blog bro, tanpa nuffnang.

Tetap juga mampu menjana pendapatan.

Bro sedikit pun tak mengharapkan advertorial dari mana-mana syarikat.

Sebab bro tahu blog bro bukannya mantap n trafik tinggi.

Tapi bro usahakan juga mempromosikan blog bro kepada syarikat-syarikat tertentu.

Alhamdulillah,

Ada juga yang mengena dan mereka sudi mengiklan di blog bro. Walaupun nilainya tidak mencecah beribu-ribu.

Bagaimana dengan anda.

Bicara Bro : tak perlu la buat entry berbau penambah perisa dosa duniawi semata-mata nak mengejar trafik.

Dan mengharapkan duit dari pengiklan semata-mata.

Bro tabik pada satu blog ini yang mampu mendapat contract untuk 6 filem dari syarikat production. Beribu gak masyuk tue.

Anda pula..??