Hinakah menarik trafik datang ke laman blog atau website menggunakan duit?

Antara persoalan dan pertikaian oleh sesetengah annoymous yang mungkin tidak memahami dunia atau dia hidup dalam dunianya sendiri.

99% dalam marketing strategy memang melibatkan duit.

Even kita buat marketing menggunakan air liur. Ingat senang ke nak buat marketing dengan membazirkan air liur. Makan berjam-jam juga nak buat marketing. Ingat, time is money.

Pernahkan anda terfikir kenapa banyak syarikat ataupun website perniagaan mahupun personal di promote di Google.

Dan ianya bukan percuma.

Bagaimana pula dengan mereka yang mengiklan di Nuffnang, Advertlets, Innity etc. Semuanya berbayar. Dan bukannya percuma.

Nilainya memakan perpuluh ribu untuk mengiklan sesuatu kempen.

Bagaimana pula dengan kita?

Rasanya nak invest rm100 untuk hosting + domain pun dah mula berkira.

Entry ini bukannya nak menyokong saudara Denai Hati yang dikecam mengenai isu beliau menggunakan duit untuk menjana trafik ke blog beliau.

Cuma kita sendiri tidak nampak atau mungkin tidak sedar.

Sekurang-kurangnya duit yang beliau laburkan masuk terus ke akaun mereka yang sudi mempromosikan blog beliau. Dari perlu membayar pada pihak ke tiga yang lebih banyak untungnya dari anda yang terpaksa bertungkus lumus mempromosikan iklan tersebut. Siap minta orang klik lagi.

Nampak sangat kehinaan anda sendiri.




Bagaimana pula dengan kes yang menjana trafik dengan lebih hina.

1- Jana trafik guna iframe

Tak salah guna iframe untuk jana trafik atau apa. Yang menjadi kesalahan bila memanupulasi statistik trafik tersebut untuk menipu orang supaya mengiklan di blog anda pada harga yang tinggi.

Bagaimana pula dengan status halal pendapatan yang dimiliki tersebut?

2- Jana trafik guna keyword lucah

Trafik tinggi based on benda lucah. Tiada apa-apa yang perlu dibanggakan jika trafik tinggi mendadak.

Tetapi, tak terasa hina ke jika entry berkenaan dengan isu masyarakat. Tetapi dipenuhi dengan keyword untuk SEO berkaitan yang lucah-lucah dan keyword terbabit merupakan keyword yang biasa orang akan cari di laman carian.

Jelas kelihatan kehinaan anda.

3- Jana trafik dengan menyebarkan fitnah atau gosip

Normal la kan artis tidak pernah lari dari fitnah dan juga gosip. Orang kebanyakan pun tidak dapat lari dari fitrah manusia ini.

Tetapi, berbaloi ke canang gosip dan fitnah semata-mata inginkan trafik ke laman blog anda. Mungkin anda puas. Tetapi sejauh mana kepuasan anda.

Mungkin anda hanya ingin berkongsi. Jika ianya menyingung perasaan sesetengah pihak.

Hitunglah sendiri dosa yang anda mampu kumpul dari setiap perkongsiaan anda di laman blog.

Bicara Bro : Bukan nak berlagak bagus ataupun orang yang pandai menjatuhkan hukum.

Cuma nak membuka pandangan sesetengah pihak yang asik menunding jari pada sesuatu perkara tanpa memikirkan ada perkara yang lagi teruk dari apa yang mereka pertikaikan.

Dan ianya memang selalu terjadi disekeliling kita.

Bagaimana pula dengan contest yang ditawarkan dengan gadget-gadget yang harga beribu-ribu berbanding dengan wang tunai yang baru beberapa ratus tetapi ramai yang dapat.