Blogger Wanted

Adakah anda mengenali blogger ini? Blogger yang sentiasa membuat onar di fan page bro.

Bukan itu sahaja.

Beliau telah beberapa kali masuk tv. Beliau bukannya pakar mahupun otai dalam dunia blogger.

Tetapi beliau mempunyai satu kelebihan di sebalik kekurangan yang beliau miliki. Dan bro harap korang semua juga memilikinya

Apa sebenarnye kelebihan yang si empunya diri miliki?

Korang boleh mengenali blogger ini dengan menerjah Blog Mohd Sukur Ibrahim

Bicara Bro : Pertama kali bro kenal Sukur semasa bro tolong handle gathering Geng Blogger di Putrajaya tahun lepas.

Beliau memang peramah. Teringat lagi rancangan yang menginterview beliau di tv. Sehinggakan ramai yang menitiskan air mata bila mendengar sejarah hidup beliau sehingga beliau berjaya seperti sekarang.