Sedar tak sedar.

Raja lawak sudah sampai musim ke-5 dengan mempertaruhkan 12 peserta untuk berentap dan membuktikan mereka adalah raja lawak di Gelangang Raja Lawak.

Masih mengekalkan konsep dan format yang sama iaitu pemarkahan penuh masih terletak 100 peratus di tangan pengundi.

Dan confirm undian adalah melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) [Inting syarikat telekomunikasi]

Tiga orang pengkritik tetap akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta.

Ianya akan menemui penonton bermula pada 7 Januari, pukul 9 malam di saluran Astro Prima.

Tahun ini, penyertaan banyak dari peserta berkumpulan berbanding individu. Mungkin tidak ramai yang mempunyai kreabiliti seperti Nabil yang mampu memukau juri mahupun menonton + pengundi secara solo.

Di sini bro sertakan senarai peserta Raja Lawak Musim Ke-5

Peserta Berkumpulan :-

  1. Pukaw (Indra Putra Setia Negara, 22, Abd. Hadzir Abdullah, 23, Nizam Solah, 34),
  2. R2 (Rahim Mat Ali, 40, Ridhuan Mat Ali, 21),
  3. Bobo (Mohd Hamizi Hashim, 24, Mohd Azwan Sabri, 24),
  4. Kopi O (Syariwan Joir, 28, Fakhruddin Mohd. Azmi, 19),
  5. Balas (Fandi Muhammad, 25, Mohd Shukri Mohd Safar, 24),
  6. Kami (Zarina Mohd Nor,34, Elly Sarimah, 29),
  7. Lucky (Mohd Zhafir Hilman Hassin, 23, Mohd Hazwan Azani, 23, Khairul Nazmi Rodzy, 23),
  8. TBO (Ahmad Firdaus Misnan, 24, Mohd Sufian Masri, 25, Mohd Isa Razai, 25).

Mana kala untuk Peserta Individu :-

  1. Muhammad Hanafi Rusmadi, 18,
  2. Sulaiman Ibrahim, 29,
  3. Abdul Rahman Kasim, 33
  4. Mohd. Nazmi Md Isa, 23.

Bicara Bro : Siapakah yang bakal mengantikan tempat arwah Din Beramboi yang banyak memberi impak kepada kita di tahun lepas di atas pemergiannya.

Al-Fatihah buat arwah.