You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > [Fitrah Manusia] Nikah Gantung

17,439,812 total views, 3,667 views today

[Fitrah Manusia] Nikah Gantung

Cuti sekolah di bulan November menandakan tibanya musim mengawan kahwin, sama ada buat pasangan muda mahupun pasangan yang mahu kahwin lagi.

Dalam keghairahan menyambut perkahwinan,

Pasti terdengar-dengar ura-ura sana-sini si polan anak si polan sekadar nikah gantung.

Dan ianya menjadi buah mulut masyarakat sekeliling [fitrah manusia, bukan seperti mulut tempayan yang boleh ditutup].

Sedarkah mereka,

Mengesyaki sesuatu yang mulia mendatang dosa lagi-lagi jika ianya menjadi fitnah di mana ianya merupakan dosa besar dan mampu memecah belahkan umat islam.

Kalau ikutkan dalam islam, tiada istilah nikah gantung.

Nikah gantung hanyalah adat Melayu. Dalam Islam, apabila sepasang lelaki dan perempuan dinikahkan mengikut syarat-syarat nikah, maka terjalinlah ikatan suami isteri antara mereka dengan setiap pihak memikul tanggungjawab dan hak masing-masing termasuklah duduk serumah.

Sukalah diingatkan bahawa Islam menggalakkan umatnya bernikah dan tidak menyukai amalan-amalan yang menyukarkan lelaki dan perempuan untuk bernikah dan hidup sebagai suami isteri yang halal seperti meninggikan mahar atau wang hantaran. Apatah lagi jika amalan sedemikian tidak mempunyai maslahat yang diakui oleh syaraโ€™.

Bicara Bro | Orang sekarang lebih suka membebankan niat mulia kerna risau pandangan masyarakat sekeliling.

Sanggup berhabis berrpuluh ribu [hutang pula tue], 2-3 tahun kahwin dah bercerai. Berbaloikah?

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

30 thoughts on “[Fitrah Manusia] Nikah Gantung

    1. pilihan di tangan mereka…

      xsalah pun nk buat majlis… ini sekadar option yang sejak dulu diamalkan.. tetapi mula di pinggirkan

      tue yang ramai yang kahwin xnikah2…

      xtau nk bg word ape untuk kes cam nie

  1. Aku rasa la, majlis kahwin dah jadi kurang perlu sebab tujuannya cuma untuk memberitahu orang sekeliling bahawa kita dah kawen.. Sekarang ni guna FB ja..ahaha

    1. he…23x yup… wat video then upload je…

      xsalah nk wat majlis.. lagipun adab berkahwin perlu memberitahu masyarakat bahawa anda telah berkahwin..

      ala kadar sudah.. nie kos kahwin je dah makan puluh2 ribu…

      tue baru sorang.. belum masuk 2 3 or 4 lagi ๐Ÿ™‚

  2. zaman moden ni kalau tak buat majlis meriah di anggap lekeh…. pada pandangan masyarakat padalah dalam islam tidak pula menggalakkan sebegitu, entahlah manusia dah semakin bijak dan pandai kot hehe ๐Ÿ˜€

    1. xkisah la.. jangan sampai dijatuhkan riak pula..

      nnt la teman update pasal adab melawati majlis perkahwinan ๐Ÿ™‚

    1. blog bro pun pakai wordpress gak eazy…

      tp bro bukan pakai yang free,,, bro beli hosting sekali dgn domain..

      if eazy nk bro setupkan wordpress sekali dengan hosting + domain.. leh bagitau bro.. ๐Ÿ™‚

      Jardness.com tue bro yang uruskan he..23x

    1. sekadar angkat nikah n memenuhi syarat wajib je..

      xde la wat kenduri… sambut menantu ke.. wat majlis ke… or bersanding tepung tawar semua tue..

      bleh refer basic islamic wedding.. cuma melayu saja yang mengistilahkan ianya nikah gantung…

  3. mak paling tak kasi kalo nak nikah dulu..dia nak semua buat sekaliharungg..Majlis ni pun penting sebab wajib kita war2 kan kat orang..untuk elakkan fitnah jugak(ingat dah kawen tak kena fitnah)..pakcik makcik kat kg tu mana ada fb(adala tapi tak sume)..Tapi bersederhana tu paling baik ๐Ÿ™‚

    1. senang sekali harung.. tp jika nak mengelakan maksiat ataupun nak permudahkan… elok buat cam tue

      dah nak mati pun tetap ade yang wat fitnah.. nie kan pulak yang nak kahwin kan ๐Ÿ™‚

      mak khairuddin je yang advance.. siap leh wat video n sebarkan kat nuffnang n youtube lagi tue

  4. istilah nikah gantung tu yang tak sedap didengar..kalau ikutkan, baik nikah gantung dari merisik dan bertunang..ye tak bro???kenal pun dah bertahun, nak merisik pe lagi kan…hehe..

    p/s: kalau la bley nikah sekarang……*wink*

    1. yang buat tidak sedap di dengar sebab pemikiran dan pandangan masyarakat kita sahaja…

      tapi kita lagi merendahkan nikah gantung sedangkan ia lagi mulia jika di bandingkan dengan nikah di siam ๐Ÿ™‚

      nikah gantung juga ada kaitan dengan kemampuan pasangan… mereka tidak mampu nak manjamu semua orang hanya mampu untuk kumpulan yang kecil..

      xbaik menyeksa mereka yang baru nk mulakan hidup baru ๐Ÿ™‚

      p/s- g la nikah sekarang he..23x

  5. interesting…aku mmg setuju sal nikah gantung ni..ikut aku leh ajer..tp family plak byk soal kan…hmm…klo ikut adat2 ni byk yg menyusahkan….bg aku baik nikah gantung..pastu 20k lebey wat honeymoon pi hawai…lagi besh! Hahahahaha…if only that could happen…

    cheers

  6. salam,…sy berniat untuk nikah gantung sbb sy msih bljar lg..walaupn pasangan sy dh kerja.family sy x mengizinkan.. lgpun sy cume ade kakak n abah jer,, mslhnye mak sy dh lme meninggal.. abah n kakak sy x pedulikan sy.. bile sy ckp nk kahwin diorg uat x tau jer… yg paling geram drg tkut mak saudara sy mrh..!!!dorg lebih rela tgk sy bt maksiat kot dr sy bt pahala, sy rase sedih sgt2.. niat sy nk kahwin sbb nk mengelakkan maksiat. knpe dorg x fhm sy..(cute_uglygurl@yahoo.com.my)

    1. nak tanye boleh…

      apa yang buat akak dan abah tak pedulikan kamu ek…?? just nak tahu sahaja..

      tapi niat dah bagus dah…

      bro xberani nak bagi apa-apa cadangan, if nak nikah memang perlukan izin dari wali yang masih ada, iaitu abah…

Leave a Reply

Top