Skandal Di Tempat Kerja
Skandal di tempat kerja.

Bukan isu baru, tetapi isu biasa yang sentiasa berlaku xkira di sektor kerajaan, private mahupun sektor pengangguran.

Kebanyakan kita memandangan isu skandal di tempat kerja sebagai sesuatu yang negatif berbanding kepada kepositifannya

Tanpa anda sedari, mungkin anda juga terlibat walaupun anda nafikan.

Di sini bro akan membongkarkan fitrah manusia yang tidak dapat diasingkan dalam kehidupan kita sebagai manusia walaupun mungkin korang semua menafikannya

Petanda anda terlibat dengan skandal di tempat kerja [tanpa anda sedari]:-

  1. Pandangan mata anda asik bertentang dengan pandangnya.
  2. Anda lebih selesa bersembang hal peribadi [walaupun tidak direct] berbanding hal ofis denganya bila berdua
  3. Anda tidak senang hati bila dia tidak datang berkerja mahupun kena outstation.
  4. Performance kerja anda meningkat bila dia ada di sekeliling
  5. Anda dapat melupakan masalah anda bila dengan dia.

Cukup la 5 je bro kongsikan.

ini hanya contoh skandal tanpa anda sedari atau anda nafikan.

Kekadang skandal tempat kerja boleh melarat bila:-

  1. ianya sudah melibatkan seks
  2. masa untuk keluarga & kerjaya sudah berkurangan
  3. duit habis untuk dia
  4. timbul rasa cinta & ingin mengahwininya
  5. tercurang dengan suami/isteri orang.. lagi2 kalau 2-2 dah berkahwin.

Fitrah Manusia | bila lelaki dan perempuan bersama, tindak balas badan akan menghasilkan satu rembasan asid enzim yang mampu membuat diri anda selesa atau merasai sesuatu yang berbeza.

Jika tidak terkawal, ianya mampu membawa lelaki dan perempuan itu kepada kehendak seksual.

Bicara Bro : Jika mencari pasangan, pastikan anda selesa bersama si dia, dan dia juga begitu. selesa ek. bukan sebab rasa nk miliki dia..

Jika ade, kahwini la dia. insya’lah berkekalan.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter