September 2, 2026

Sky Garden KL Tower Tawar Pengalaman Santai Baharu Atas Kuala Lumpur

Visit Sky Garden Menara Kuala Lumpur

Sky Garden KL Tower: Tarikan Baharu 292 Meter Atas Bandar Kuala Lumpur – Pengalaman Baharu Di Kuala Lumpur Tower

Kalau selama ini Kuala Lumpur Tower atau KL Tower dikenali sebagai salah satu lokasi terbaik untuk menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari tempat tinggi, kini ada satu lagi sebab untuk berkunjung ke mercu tanda ikonik ini.

Pada 27 Ogos 2026, Kuala Lumpur Tower secara rasminya memperkenalkan Sky Garden, sebuah tarikan baharu yang terletak 292 meter dari aras tanah. Menawarkan suasana terbuka yang dikelilingi kehijauan serta pemandangan 360 darjah Kuala Lumpur, Sky Garden memberikan pengalaman yang lebih santai kepada pengunjung.

Pelancaran Sky Garden ini juga merupakan sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-30 Kuala Lumpur Tower pada tahun 2026.

Santai, Makan dan Nikmati Pemandangan

Apa yang menarik mengenai Sky Garden ialah konsepnya yang tidak sekadar memberi peluang kepada pengunjung menikmati pemandangan bandar.

Ruang ini direka sebagai tempat untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan serta menikmati suasana Kuala Lumpur dari perspektif yang berbeza.

Turut melengkapkan pengalaman ini ialah Sky Café, yang menyediakan pilihan makanan dan minuman gaya kafe. Pengunjung boleh menikmati hidangan sambil berbual bersama insan tersayang, menikmati secawan kopi atau sekadar duduk santai menikmati panorama bandar.

Dengan suasana terbuka dan kehijauan, Sky Garden menawarkan alternatif menarik kepada mereka yang mahukan pengalaman lebih santai ketika berkunjung ke KL Tower.

Menambah Tarikan Kuala Lumpur Tower

Launching Sky Garden Menara Kuala Lumpur

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd., Encik Khairil Faizal Hj Othman, Sky Garden diwujudkan bagi memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung Kuala Lumpur Tower.

Tarikan baharu ini turut melengkapkan rangkaian pengalaman yang ditawarkan KL Tower, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk melihat sisi lain Kuala Lumpur.

Promo Sky Garden Menara Kuala Lumpur

Seiring Momentum Pelancongan Malaysia

Pelancaran Sky Garden hadir pada waktu yang cukup sesuai ketika Malaysia meneruskan momentum sektor pelancongan menerusi Visit Malaysia 2026, selain menuju persiapan Visit Malaysia 2027.

Dengan gabungan pemandangan, kehijauan dan pengalaman menjamu selera di lokasi tinggi, Sky Garden berpotensi menjadi antara tarikan baharu yang menarik untuk diterokai di Kuala Lumpur.

Jadi, kalau sedang mencari pengalaman berbeza di tengah-tengah ibu kota, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat Kuala Lumpur dari 292 meter di atas bandar menerusi Sky Garden KL Tower.

Keyword:

  • Sky Garden KL Tower
  • Kuala Lumpur Tower,
  • KL Tower,
  • tarikan baharu KL Tower,
  • Sky Café Kuala Lumpur,
  • tempat menarik Kuala Lumpur 2026,
  • tarikan Kuala Lumpur 2026,
  • Visit Malaysia 2026,
  • KL Tower 30 tahun

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *