Bersempena dengan hari Malaysia yang disambut oleh rakyat Malaysia pada 16 September setiap tahun, Nokia Malaysia menawarkan potongan harga 16% untuk telefon pintarnya.
Nokia Malaysia telah mengumumkan promosi khas bagi mereka yang ingin mendapatkan telefon pintar yang menggunakan platform OS – Windows Phone 8, iaitu untuk Lumia 925 dan Lumia 625 yang telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.
Promosi ini akan diadakan dari 13 September hingga 16 September ini.
Pihak Nokia kini menawarkan (selepas potongan harga 16%) :-
- Lumia 925 pada harga RM1344
- Lumia 625 pula pada harga RM789.
Menurut Nokia, tawaran ini boleh didapati pada lebih 17 Nokia Stores seluruh negara. Info lanjut anda boleh dapati di www.nokia.com/my-en/products/products/

Bro hampir sebulan menggunakan Nokia Lumia 925.
Buat masa sekarang Bro amat berpuas hati dengan kualiti gambar yang diambil. Dan ianya menjadi kamera alternative sewaktu Bro berkerja diluar.


Sejak bro kongsi apps 3rd party untuk Instagram rasanya Nokia Windows Phone ini just perfect untuk miliki. Susah hati tidak ada Instagram.