Menjadi salah satu tanggungjawab kepada seorang ibubapa ialah memastikan yang terbaik buat anaknya. Dari kesihatan, makanan hingga kepada perlindungan.
Cuma, kadangkala kita terlepas pandang tentang penjagaan gigi si anak sejak hari pertama gigi mereka tumbuh.
Kita terlalu fokus pada berapa banyak giginya yang sedar tumbuh, berbanding berapa banyak giginya yang bakal rosak lebih awal sebelum gigi kekal tumbuh.
Untuk pengetahuan anda, asas untuk penjagaan gigi si manja anda supaya ianya kekal sihat perlu bermula sewaktu mereka masih berada dalam fasa kanak-kanak lagi.
Walaupun gigi susunya akan tercabut dan bakal digantikan dengan gigi kekal, kita sebagai ibubapa perlu bimbang mengenai isu pergigian yang bakal memberi kesan kepada anak mereka.
Memang kita tahu gigi susu hanya sementara dan bakal digantikan dengan gigi kekal kelak. Tetapi ianya bukan sekadar membantu si anak tadi untuk mengunyah dan bercakap, ia juga membantu si anak nampak lebih manis bila tersenyum tanpa perlu rasa malu.
Seeloknya juga, biar gigi susu itu tercabut sendiri bila tiba masanya, bukan sebab dicabut kerana ianya telah rosak dan merosakkan keceriaan diraut wajah si anak tadi.
Oleh itu, penjagaan gigi sewaktu mereka masih bayi dapat melindungi / menjaga gigi mereka selama sedekad sebelum ianya digantikan dengan gigi kekal.
Peranan serta asuhan berterusan daripada ibubapa memainkan peranan penting untuk menentukan kesihatan mulut si anak.
Pemilihan Produk Penjagaan Mulut Untuk Kanak-Kanak
Ada sesetengah keluarga lebih gemar menggunakan ubat gigi yang sesuai digunakan oleh seisi keluarga untuk digunakan pada anak mereka.
Malangnya, lapisan gigi kanak-kanak lebih nipis berbanding gigi orang dewasa.
Kandungan florida yang tinggi dalam ubat gigi dewasa bakal menyebabkan berlakunya kerosakan gigi pada si anak tadi.
Oleh itu adalah penting dalam pemilihan produk penjagaan mulut yang betul dan tepat untuk digunakan sebagai rutin awal dalam hidup mereka. Sekaligus membantu memastikan pembangunan gigi mereka yang kuat dan sihat.
Maka, apakah kateria yang perlu anda utamakan dalam pemilihan produk penjagaan mulut yang bersesuaian dengan anak anda?
Sensiteeth Kids – Penjagaan Mulut Kanak-kanak
Dari bayi berumur 6 bulan hingga kanak-kanak berusia 6 tahun (dan ke atas), Sensiteeth Kids hadir dengan produk yang memenuhi keperluan individu.
Produk dari Sensiteeth ini telah diuji untuk memastikan tahap keselamatannya untuk digunakan oleh kanak-kanak.
Bagi bayi yang berumur berumur 6 bulan hingga 3 tahun, ubat gigi yang terbaik untuk mereka adalah Sensiteeth First Tooth Paste.
Ia lebih seperti gel mulut untuk memberi penjagaan kesihatan pada gusi / mulut bayi. Ia juga tidak mengandungi fluorida, kalsium dan sakarin menjadikan ia betul-betul selamat untuk anak anda.
Ia juga didatangkan dengan rasa blueberry yang lazat.
Cergah kerosakan gigi anak anda dengan mengukuhkan enamel dengan menggunakan Sensiteeth Kids Tooth Paste 500ppm.
Ia mengandungi fluorida (500 ppm) dan kalsium bagi membantu menguatkan enamel dan melindungi mereka daripada kaviti.
Ia juga hadir dengan perasa blueberry yang menyenangkan dan ia tidak mengandungi gluten juga!
Sesuai bagi kanak-kanak yang berusia 3 tahun dan keatas.
Sensiteeth Kids Tooth Paste 1000ppm sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas.
Mereka membesar dan memerlukan lebih banyak fluorida untuk melindungi gigi mereka daripada karies.
Sensiteeth Epismalto Toothpaste 1450ppm secara semula jadinya meningkatkan enamel gigi dan mencegah kerosakan yang disebabkan oleh asid makanan dan pereputan.
ubat gigi ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas. Ia juga hadir dengan perasa strawberi yang menyenangkan yang anak anda nikmati.
Sekadar mengosok gigi, ianya belum mencukupi untuk memberi perlindungan kepada gigi anak anda.
Ia tidak akan lengkap tanpa menggunakan ubat kumur.
Sensiteeth Kids Tooth Paste & Mouthwash direka khas untuk pembersihan oral yang lengkap!
Ini kerana gigi anda meliputi 25% daripada mulut anda, memberus sahaja hanya membersihkan kawasan 25% ini. Bagaimana dengan baki 75%?
Dengan adanya Sensiteeth Kids Mounthwash berperisa crazy berry dapat membersihkan 100% kawasan dalam mulut si manja anda.
Ia mengandungi florida (100 ppm) dan kalsium yang membantu menguatkan enamel dan lindungi ia daripada karies.
Untuk pengetahuan anda, produk penjagaan gigi Sensiteeth Kids kini boleh didapati di Guardian dan farmasi.
Anda juga boleh dapatkan sempel percuma dengan mengisi borang di
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Sensiteeth Kids dan juga tip penjagaan mulut kanak-kanak, anda boleh layari laman facebook
comel pulak ubat gigi ni…kalau aku jadi budak-budak pun rasa nak gosok gigi selalu
Nampak sangat,dah besar panjang jarang gosok gigi
bagus amat lah obat gigi ni, boleh lah tak bagi sikit
Nak try sampel la macam tuh, mana tau kot anak-anak suka
Try la… agak memember try juga. Mana la tahu, anak suka ke kan.
tetiba rasa macam zaman nak telan macam zaman Kodomolion..hahaha
Ke masih menelan ubat gigi sampai sekarang? he…23x