Nak ke Korea hujung tahun ini, tetapi keadaan tidak mengizinkan.
Apa kata, anda luangkan masa hujung minggu anda untuk memeriahkan lagi karnival K-Street yang diadakan di Klang Parade bermula 18 hingga 20 November 2016.
Tak perlu acahkan K-Pop jika tidak merasai sendiri karnival yang mempamerkan budaya dan tradisi dari Korea ini.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang 3 hari ini.
Ada beberapa aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.
Dari pertandingan mewarna, menari hinggalah ke cabaran Korean Spicy Noodle. Jika anda cukup berani (atau lapar), jangan lepaskan peluang untuk mencabar tahap kekoreaan anda.
Shin Sun Mi Korean Market
Bagi anda yang ingin memiliki atau shopping barangan Korea, anda boleh terjah Shin Sun Mi Korean Market yang dibuka dari 17 – 20 November 2016.
Tak perlu kirim air liur dengan rakan-rakan korang yang akan ke Korea dalam masa terdekat ini.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Klang Parade K-Street Carnival Event Facebook.
:)
Hai orang jauh….. Duduk mana sekarang nie?
Karnival tentang Korea…… kalau orang rumah tahu ni mesti nak join punya…
Mujurlah orang rumah saya tak baca blog bro… Hahahaha
Apa Fb orang rumah mu?
alaaa kureng sikit la bro bab korea ni. klu jepun minat la hehe
Tgk muka kau, tak nampak macam jepun pun