Les’ Copaque Production dengan kerjasama KRU Studios melancarkan muzik video lagu “Jeng, Jeng, Jeng!” nyanyian Yubi Band bersama Upin dan Ipin (Asyiela Puteri).
Lagu “Jeng, jeng, Jeng!” yang berkonsepkan pop-santai mempunyai lirik yang sesuai dan mudah dinyanyikan.
Muzik video ini juga memaparkan gerak tari yang dicipta khas untuk lagu ini dan diharapkan menjadi ikutan yang popular.
Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh tenaga kerja Les’ Copaque dan KRU Music telah memberi kerjasama untuk menyusun semula muziknya.
Lagu ini merupakan lagu utama di dalam filem “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November 2016, edaran Primeworks Distribution.
Muzik Video ini dapat ditonton di YouTube Channel Les’ Copaque Production bermula pada 16 Ogos 2016.
Bicara Bro : Dengar cerita ada rakan blogger turut ada dalam muzik video ini. Cer teka, siapa dia he…23x
Kos penerbitan keseluruhan filem ini dianggarkan mencecah RM4 juta dan sebahagian dari kos ini turut dibiayai oleh FINAS iaitu di bawah Dana Kesan Khas (CGI).
Ia turut disokong oleh MDEC yang sentiasa inginkan satu penanda aras baru di dalam lanskap teknologi terutamanya animasi.
Sempena promosi filem ini, pihak Les’ Copaque Games Development Incorporated (LCGDI) turut melancarkan aplikasi khas “Augmented Reality” yang direka khas, membolehkan peminat Upin & Ipin berinteraksi bersama Upin dan Ipin. Aplikasi ini boleh dimuat turun di peranti iOS sekitar September 2016.
wah!! ini kalau anak sulung saya dengar ni, memang hari-hari dia suruh pasang dekat rumah tu..adoi! hehe
http://www.ceritaejoy.com
G wayang lagi la kita..
Huhu..
wahh bagus yahh
keren banget dan kreative :)
wah ni mesti best ni. boleh tunjukkan kat anak
Faveret anak ni, kluar wayang lepas tu hari2 request nk tengok citenya sampai bosan.
Pas ni budak kenit jadi mainan kat mulut dia la. dulu lu bab black ship , sekarang dah tukar.
Bagus-bagus. ada kemajuan
Bukan setakat anak, mak bapaknya boleh terjebak sekali kalau ada upin ipin ni
nice post