March 28, 2024

Blogger Jadi Tokey Bro Char Kuey Teow, Tg Malim

Bro Char Kuey Teow
Ramai yang terkejut, bila tiba-tiba ada beberapa rakan dilaman sosial berkongsikan gambar Bro sedang masak Char Kuey Teow.

Siap api menjulang-julang dalam kuali.

Tiba-tiba menjadi buah mulut dari kalangan kawan blogger, yang menyatakan mereka terkejut bila tahu Bro pandai masak Char Kuey Teow.

Siap ada yang mai, nak rasa lagi.

Terima kasih Bro ucapkan.

Memang ini, salah satu niat Bro untuk melakukan hijrah dalam hidup ini dan keluar dari zon selesa. Bukan nak cakap, jadi blogger nie tak masyuk.

Kadangkala kena keluar dari zon selesa dan xcabar kemampuan diri. Tak kan la kita nak selama-lamanya berada di atas. Tun M pun letak jawatan bila sampai masanya. Yang sekarang nie, tak tahu la bila dia nak letak jawatan he…23x

Lagipun waktu ini, kedua ibubapa Bro sedang menunaikan ibadah haji di Mekah.

Bro pula ada banyak yang terluang di Perak sambil teman puan isteri yang masih lagi berpantang dan adik perempuan Bro.

Siap ada yang cakap

Mereka tak percaya blogger tegar macam Bro nie, rupanya pandai memasak he…23x (Boleh tanya Puan Isteri, dekat rumah Bro lagi banyak memasak berbanding dia. Sedap tak sedap je nak lalu tekak dia. Tapi habis juga).

Tutup Blog?

Memang Bro akui, sejak kebelakangan ini blog ini macam tidak berupdate. Hampir bersawang juga la. Siap domain dah tamat tempoh pun, Bro tak sedar. Terima kasih kepada rakan-rakan yang prihatin bagitau domain blog ini dah tamat tempoh.

Buat masa ini, baru beberapa rakan blogger yang datang dan tulis di blog. Antaranya :-

Jika nak rasa Char Kuey Teow yang Bro masak, anda boleh datang ke

Bro Char Kuey Teow @ Lampuneon Cafe
Lot 8138, Jalan Ketoyong,
35900 Tanjung Malim
Perak

Panduan Perjalanan : Waze “Lampuneon Cafe, Tg Malim” . Tapi lokasi pada waze tak beberapa nak tepat.

Bila nak dekat sampai, akan nampak stesen KTM Tg Malim disebelah kiri selepas anda jumpa Masjid Tg Malim. Jalan terus, anda akan jumpa simpang sebelah kanan, masuk simpang itu (Simpang itu betul-betul sebelum flyover)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

27 thoughts on “Blogger Jadi Tokey Bro Char Kuey Teow, Tg Malim

  1. Lepas ni jadi blogger masak masak pulak la bro.. apapun saya doakan semoga perniagaan Bro di permudahkan & di limpahi rezeki melimpah ruah, teringin jugak nak rasa. Doakan moga2 sesat sampai sana hahaha

  2. Teruja la plak. Rasa nak makan la plak. Moga suami saya akan menyesatkan diri bawak saya ke sini lainkali. Hehe. Kalau saya g tg malim, saya roger bro, kot2 blh rs ckt air tgn bro.hehe

  3. Eina pon nak buat review gak la.. Hehe.. Bestnya tengok bro masak..
    Huu… Api tu macam mana mana nak buat jadi tinggi macam uh eh?? Rasa teringin plak nak try masak cam uh.. hehe.. Eina datang nnt nak try masak kat dapur bro lahh.. Haha..

  4. Assalammualaikum… bro,

    wahh.. dah niaga char kuey teow… semoga perniagaan bro sukses k… diperluaskan rezeki.

    mselim3

    pls: 1/10 rezeki terletak pada perniagaan.. moga sukses bro Aaminnn..

  5. Wow..best ni ada Char Kuey Teow kat Tanjung Malim..Memang feveret nih. Kawan selalu turun Sungkai, bila-bila boleh pergi merasa CKT Bro Lampuneon..Buat tambah koleksi tempat makan best di Tanjung Malim..

Leave a Reply to Eina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *