Stress kejab, bila Maxis Broadband WiFi rosak.
Dah la warranty habis hujung tahun lepas. Dan ini bermakna sudah setahun setengah Bro guna perkhidmatan Maxis WiFi ini.
Buat masa sekarang, Bro terpaksa keluarkan simkad Broadband dan masuk dalam handphone (Selamat handphone boleh masuk dual-simkad). Kemudian edit setting pada handphone sebagai HotSpot.
So sekarang nie, Bro nak mintak pendapat korang :-
- Boleh ke Bro dapatkan Broadband Wifi dari Maxis pada harga diskaun (Mahal gak benda nie – sekurang-kurangnya ada logo Maxis)
- Ke dekat luar ada jual benda ini (tapi xde logo Maxis) dan berapa harganya.
- Cucuk je dekat handphone (tapi yang nak pakai WiFi adalah seisi rumah)
- Terminate Maxis Broadband he…23x
Tak plan lagi nak pasang Streamyx dekat rumah ini. Sebab tempoh hari, port penuh kata orang TM. UniFi? Maaf, Bro duduk ceruk…… UniFi tak sampai sini lagi.
saya guna streamyx……cari alternatif lain…cer cuba U-Mobile
Rasanya U-Mobile lagi slow dekat sini. P1 pun sama… Celcom boleh la…
Maaf bro, ena tak arif sangat dalam hal ni. Rumah pun guna streamyx je. :'(
Ena ariff sangat dalam apa ek? makan2 ek he..23x
Cuba cari di Lelong ada yang jual baru dan second hand. Yang penting boleh guna. Pening Arr kalau takda broadband. :-)
Akan usha dekat sana nanti…
Dongle dia ek yang rosak? Boleh beli yang lain. Ada jual yang boleh guna untuk semua simkad.. Biasa yang Maxis ni dia dah lock untuk guna simkad Maxis je, takleh guna simkad telco lain..
Aku pernah beli kat Lowyat.. Harga lebih kurang RM100.. Ada juga yang lebih RM100, ada jugak yang kurang dari RM100.. Banyak pilihan.. Kat Lelong dan Mudah pun ada jual.. Bleh try survey..
Thank beb… akan gua usha nanti…
Selalu sangat bro citer pasal barang yang bro pakai rosak.. mungkin dah tiba masa bro kena berhati-hati skit bila pakai sesuatu barang.. hehehe.
He..23x buat masa sekarang, pakai isteri je tak rosak lagi… kalau rosak.. xtau nk buat macam mane dah he..23x
SA pakai broadband maxis..so far ok sebab guna utk laptop je..belum face apa2…
Maybe yang bro pakai nie, ajalnya dah sampai he..23x
Bro nie terlampau ganas sangat…
Apa barang pun rosak.. he he…
Portable wifi nie, rasanya kalau 3rd party boleh dapat bawah rm250 kot skrg…
Takpun try tengok kat Mudah ngan Lelong macam bro biomed komen..
Bro bukan pakai portable wifi… Sebab benda nie pakai dekat rumah untuk seisi keluarga…
Kalau tak rosak..
Bukan namanya barang.. Sebab itu barang2 zaman dulu warranty main 5 tahun. Barang sekarang setahun je.. lepas setahun terus rosak he..23x
broadband tplink ada murah.. dia cas pakai bateri je.. 8 jam boleh guna.. portable.. simkad pakai yang sama jugak..
saya punya dah lama tak pakai modem…
buat hotspot kat smartphone dah cukup… lagi laju dari pakai modem USB.
Hotspot dekat hp tue dah selalu buat.. 5GB setiap bulan mmg habis.. itu pasal pakai yang ini.. Ambil yang banyak GB sikit, tapi tetap habis gak he..23x