April 26, 2024

Bagaimana ‘Nozzle’ Pam Petrol Tahu Tangki Penuh?

Pam Minyak

Dalam hidup ini sejak berbelas tahun ada lesen kereta dan guna kereta. Baru 2 kali isi minyak full, itupun kereta orang lain + pakai duit orang lain.

1st, kereta Deq Noor.

2nd, kereta mak mertua he…23x

Kereta sendiri? Standard sumbat RM50 je selalu. Sejak beberapa kali harga minyak naik, susah nak pastikan tangki penuh perlu isi berapa ringit he..23x

Sebenarnya, dok terfikir macam mana ‘Nozzle’ Pam Petrol boleh detect tangki minyak dah penuh ke belum?

Pernah juga try isi minyak, walaupun nozzle dah bagi signal beberapa kali, tetap juga nak try isi penuh minyak kereta dalam tangki (jangan tanya kereta sapa jadi mangsa he..23x)

Di sini, bro kongsikan satu fakta yang bro jumpa sewaktu Google.

Pada ‘Nozzle’ Pam Petrol terdapat dua saluran (valve).

Saluran utama yang dilalui oleh petrol untuk masuk ke dalam tangki dan satu lagi saluran halus yang mempunyai pelampung udara.

Prinsip Bernoulli digunakan apabila udara didalam dikeluarkan sehingga menjadi vakum.

Apabila tiada udara di dalam tangki dan pelampung tadi akan menghentikan saluran utama.

Walaupun penerangan telah dinyatakan seperti yang Bro Google.

Tetap Bro kurang faham, kenapa kenkadang ‘Nozzle’ Pam Petrol stop kojab sewaktu mengisi minyak. Nak ok, kena keluarkan sedikit muncungnya. Jangan jolok terlalu dalam dalam lubang tangki.

Jika ada sesiapa sudi terangkan, amat dihargai.

Kalau tanya budak bangla isi minyak, risau tak faham apa yang mereka nak sampaikan, entah-entah mereka sendiri pun tak tahu apa-apa he..23x

Bicara Bro : Ada sesetengah Pemegang Pam Petrol yang tidak selesa digunakan. Siapalah yang design, ke tangan gua xbiasa pakai pam petrol design macam tue kot.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Bagaimana ‘Nozzle’ Pam Petrol Tahu Tangki Penuh?

  1. saya pun jarang isi minyak penuh…standard RM 50 kalau isi minyak….suka isi minyak kat Shell sebab nozzle pam minyaknya sesuai dengan tangan…..ada nozzle yang kurang mesra pengguna……hihi

  2. kepada bro, saya sendiri baru perasan benda ni tahun lepas. Saya beberapa kali berasa pelik apsal dia tersenggut senggut. Bila dah banyak kali berlaku iaitu dia tersenggut bila isi penuh atau minyak nak penuh dalam tangki. Dan kemudian berasa pelik bila nozzle kita tarik keluar dan bubuh sedikit rapat dengan lubang tangki dia x tersenggut senggut plak, masa tu baru faham yang rupanya dan “RASANYA” kejadian tersekat sekat tu adalah tanda yang minyak nak penuh dalam tangki kereta dan memang ianya di reka sebegitu, tp ni aku rasa jer la, aku xder lah buat kaji selidik ke apa, ni cuma pandangan jer, x pernah plak tanya station minyak kat situ betul ker x tekaan aku ni

Leave a Reply to Juan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *