June 27, 2025

Selamat Ulang Tahun Pernikahan Wahai Isteriku

selepas akad nikah

9 November 2013.

Selamat ulang tahun pernikahan wahai isteriku.

Harap sepanjang setahun tempoh kita bergelar suami isteri, saya mampu buat awak bahagia dan selesa hidup dengan saya.

Walaupun saya ini pemalas. Tapi saya rajin cari duit.

Walaupun saya ini garang. Tapi saya ini yang pandai pujuk awak.

Walaupun saya ini tak pandai masak. Tapi masakan saya mesti habis awak makan.

Walaupun saya ini gemuk. Tapi saya ini yang sedap dipeluk dan digomol. Tak de bantal pun xpe.

Terima kasih kerana sudi melayan perangai gila-gila saya ini.

Terima kasih juga sebab sudi temani saya dimana sahaja saya pergi.

Terima kasih lagi sekali sebab pandai menawan hati saya dengan masakan yang sedap-sedap dan pingan mangkuk untuk saya basuh selepas makan.

Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjadikan barang milik saya sebagai barang milik awak selama-lamanya. Rasanya banyak sangat barang yang saya dapat jadi milik awak. Sampai sekarang saya xnampak dah mana barang tue pergi.

Mas Kahwin Bro Framestone Iera Kan

Kita berkenalan di laman muka buku.

Saya akui, awak memang pakar bermain game. Bagi je apa-apa game awak mesti boleh main punya. Tapi pakar menyelesaikan satu-satu permainan game itu tetap saya.

Cuma sekarang,

Saya kurang bermain game untuk mencari nafkah buat keluarga. Saya tak marah pun awak langgan Astro walaupun hanya beberapa channel je awak tengok dan bulan-bulan saya yang bayar.

Saya tak marah pun awak bawa kereta lebih laju dari saya, asalkan awak selamat pergi dan kembali.

Saya tak marah pun awak…………………… Harap awak pun sama.

Cuma selepas ini, saya janji akan selalu gosok gigi (2 kali sehari boleh x?) Saya janji akan selalu utamakan awak dari komik yang saya baca.

Saya janji juga bahawa janji akan dicapati. (Teringin pula nak makan capati)

Cepat je masa berlalu. Dulu berdua, sekarang bertiga. Mana tahu akan datang berempat berlima. Nak cepat, bagi la keizinan pada saya. Memang cepatlah bertambahnya.

 

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Selamat Ulang Tahun Pernikahan Wahai Isteriku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *