You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Kita Berkenalan Dalam Laman Muka Buku

17,442,718 total views, 1,929 views today

Kita Berkenalan Dalam Laman Muka Buku


Perkenalan kali pertama di laman Facebook pada pertengahan tahun 2009. Itu pun di meja poker.

Wah…!!!

Meja poker tue…..!!!

Terkejut bro lihat si gadis ini pandai menyusun strategy bermain poker.

Dari meja poker terus teradd di facebook. Oh student lagi rupanya dia. 18 tahun umurnya.

Waktu itu dia sendiri tidak tahu bro adalah blogger dan kami hanya bersembang atau bertegur jika ada kaitan dengan poker.

Kali pertama berjumpa tahun 2010. Itu pun cuma 5 minit.

Bro waktu itu, ada tournament bowling antara department. Dia pula, tengah dating. Tersenggih-senggih waktu dia nak berjumpa bro. Segan katanya.

Tapi pertemuan kali kedua pada bulan 4 tahun 2011 sewaktu gathering di putrajaya, hati aku berkata – “kau jodoh ku”

Maaf sekiranya selama ini, saya tidak melayani awak seperti pasangan bercinta, tidak menyatakan perasaan cinta saya pada awak dan tidak menunjukan rasa cinta sy pada awak.

Selepas lafaz akad… kau milikku.

Dan aku wajib mencintaimu dan melindungimu. Itu janji aku pada Allah, keluargamu dan juga diri serta maruah kamu….

Terima kasih kerana menjadi isteriku…..

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

67 thoughts on “Kita Berkenalan Dalam Laman Muka Buku

  1. salam kenal bro ..
    tahniah ye ..
    akhirnya jika ada jodoh x akan kemana ..
    biar bercinta selepas kawin dari bercinta dulu baru kawin ;)) kerana cinta itu dtg dari allah .. ๐Ÿ˜‰

    1. salam kenal kembali, bagaimana boleh sampai ke blog ini…

      itu la, imam yang menikahkan bro semalam pun cakap muka kami hampir serupa.. jodoh kuat kot…

      alhamdulillah, kami dapat menikmati nikmat bercinta selepas kahwin

  2. touching sungguh. rasa macam nak menitis air mata je.huhuhu.orang lain pulak terlebih emo. tp sweet sangatlah entry ni.

    “maaf sekiranya selama ini, saya tak melayan awk spt pasangan bercinta,tidak menyatakan perasaan cinta saya pada awk dan tidak menunjukkan rasa cinta saya pada awak, selepas lafaz akad,kau milikku..”

    wah..wah..wah..touchingggg~ *tetiba (hahaha)

    Selamat Pengantin baru (^-^)v

    1. Ala emo pula die nie.. sensitif betul la he…23x

      Tapi masa akad yang abang lafazkan dikatakan sah oleh semua saksi… memang menitis air mata abang… mengalir jernih sampai menitik ke lantai…

  3. dah lama tak blog walk. Tp ni singgah khas utk abg n iera tau. Tahniah. Alhamdulillah selamat segalanya.. Semoga abg dgn iera bahagia hendakNya. Dan kekal hingga ke syurga. Aminn. ๐Ÿ™‚

  4. dah lama rasanya tak comment blog bro .. apa2 pun sya doakan bro dan kak iera berkekalan till jannah . In Sha Allah . tahun depan nak SPM dah bro , takleh la nak jenguk2 hye bro ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Top