January 19, 2025

Gelagat Dan Ragam Blogger Bermain Paintball

Paintball Cyberjaya Park Blogger October
Sejak dua menjak ini, Bro selalu sertai permainan Paintball dengan blogger.

Susah juga nak ajak blogger untuk turut beramas mesra dengan blogger lain terutama blogger perempuan. Nak jaga keayuan atau shawl yang mereka pakai kot.

Tapi ada juga blogger yang ayu dan pemalu join sama bermain paintball.



Awek main paintball

Nampak je ayu dan pemalu. Bila masuk field hilang ke mana entah keayuan dan ke”malu”an dorang. Tak pasal-pasal yang lelaki-lelaki ini yang jadi mangsa tembakan dorang.

Jangan perendahkan mereka walaupun mereka lagi rendah dari anda.

Silap hari bulan boleh headshoot dengan mereka. Bro dah kena dah. Tepat tue….

Awek main paintball cedera parah

Oh macam ini rupanya si awek nie cover diri dari kena tembak, patut la Bro cari tak terjumpa mangsa untuk ditembak. Eh comelnya kasut dia. (eh ini sape ek?)

Kalau x salah Bro.

Awek ini yang lambat mati dan nak ambush bila team Bro tinggal Bro sorang je kan. Banyak lagi pallet dia rupanya. Akan datang nak main macam dia main la.

Ben Ashaari Kena Tembak

Aksi Ben Ashaari kena tembak

Rasanya bukan kena tembak dengan team sendiri tue.

Insya’lah selepas 3 aktiviti paintball dengan blogger, ianya akan dijadikan sebagai aktivti bulanan kami. Untuk bulan Oktober kami sudah buat baru-baru ini. Tunggu bulan November pula (adeh, baby aku pula nak keluar)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Gelagat Dan Ragam Blogger Bermain Paintball

    1. Layak je.. sebab main pakai topeng, so xkan nampak muka. Xde orang kenal lagi bagus.

      kalau terkenal, risau tertembak member sendiri, terus unfriend dekat fb he..23x

  1. hehe, geng sendiri jdi sasaran… camna leh jadi cam ni.
    hebat, blogger wanita…. disebalik keayuan terserlah kehebatan bermain pinball (^_^)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *