June 27, 2025

Semua Minyak Naik Harga – RON 92 Mungkin Diperkenalkan Semula

Diesel Ron 95 Ron 97 Naik Harga

Tengah malam semalam, Minyak jenis RON97 telah dinaikan harga sebanyak 15 sen seliter menjadikan ianya berharga RM2.85.

Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang pengumuman khas dibuat bagi memaklumkan kepada rakyat berhubung kenaikan 15 sen bahan api ini.

Pada Mei 2013, harga petrol RON97 ialah RM2.70 seliter, turun 20 sen berbanding sebelumnya dan ianya pernah mencecah RM3 seliter pada tahun 2012.

Apa kes minyak naik harga tetapi rakyat tidak dimaklumkan awal? Mengapa ia tidak diumumkan serentak dengan kenaikan harga RON95 tempoh hari?

Menurut sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) – “pengumuman sepatutnya dibuat oleh Kementerian Kewangan”

Ops….!!! Siapalah yang pegang portfolio ini ek he…23x (Bahaya kalau mention nama dekat sini)

Dengar cerita RON 92 akan diperkenalkan semula. Kancil ok kot pakai minyak nie.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Semua Minyak Naik Harga – RON 92 Mungkin Diperkenalkan Semula

  1. mungkin pengenalan semula RON92 boleh membantu golongan yang kurang berkemampuan. sebab dalam keadaan terdesak kita hanya perlu menggerakkan kenderaan. tapi orang luar guna minyak kita yang lebih berkualiti…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *