Sorry topik yang agak sensitif bagi kaum wanita begitu juga dengan nama Asyraf Muslim (sejak bila la kaum wanita panas hati je dengar nama dia)
Tajuk simple untuk entry hari ini – Lelaki Mempunyai Empat Kuota. Tetapi tak semestinya lelaki perlu menggunakan ke 4-4 kuota yang ada.
Seeloknya digunakan untuk melindungi mereka dan bukan mempergunakan kelebihan ini untuk menzalimi kaum hawa. Ingat itu wahai kaum adam sekalian.
Gunakan ianya sekiranya anda berniat mendekatkan dia dengan islam terutamanya mualaf kerana mereka perlu ada seseorang yang dekat untuk membimbing mereka.
Gunakan ianya sekiranya anda berniat melindungi aib seorang wanita yang mampu menimbulkan fitnah keatas dirinya dan keluarganya. Bagi perluang kepada mereka untuk membina hidup baru dan jauhkan mereka dari kisah silam yang menghantui hidup mereka.
Gunakan ianya sekiranya anda berniat menjadikan dirinya dan tanggungnya (yakni anak-anaknya dan kedua ibubapanya – sekiranya ia menjadi tanggungan kepada si wanita tadi). Asalkan anda tidak mengabaikan tanggungjawab yang sedia ada kepada isteri dan anak-anak mu.
Gunakan ianya sekiranya anda terpaksa berjauhan dengan isteri mu bagi tempoh yang lama untuk mengelakan anda melakukan sesuatu yang mendapat kemurkaan dariNya.
Cukuplah 4 point.
Bro buat ustaz atau orang yang ariff tentang agama. Tetapi tak salah kongsikan sesuatu yang mampu buat anda berfikir sejenak sebelum meneruskan niat anda yang mungkin bukan keranaNya.
Bicara Bro : Bro pernah nyatakan kepada isteri sebelum berkahwin, bahawa Bro mukin akan mengahwini wanita lain kelak.
Bila?
Bila sampainya salah satu point diatas dan waktu itu niat suci Bro kerana Allah swt (Dia lebih mengetahui). Bro sedar tentang kekurangan yang ada pada diri Bro dan bukan semua orang suka dengan kebahagiaan yang Bro nikmati bersama isteri tersayang.
semoga dipermudahkan. hehehe
Moga dipermudahkan bagi korang, Bro? lambat lagi kot
hoho..betul. ada empat quota. makcik-makcik tak bleh marah..
Makcik mana yang nak marah tue ek?
kalau cukup syarat..dan itu adalah ketentuannya…x boleh nak elak…
Apasal ntah I suka entry ini sangat sangat. Ashraf muslim patut baca. Ustaz azhar idrus pun patut baca.
Kalau suka, kongsikan :)
memang tengah hangat bicara lebih daripada satu sekarang ini ya
1 dah..tinggal lagi 3..
point yg bernas…lelaki2 di luar sana patut igt point2 ni yeee…
Point yang bernas tetapi belum tentu mendapat kebenaran dari isteri yang sedia ada…
hati wanita untuk disayangi bukan untuk dimiliki…. ar mcm tu la lebih kurang…. =)
Hati wanita-wanita memang untuk disayangi :)
Tak salah nak tambah ‘cawangan’ asal tak ‘membohongi’ isteri.. :)
Bro akan cuba tidak membohongi isteri… mahupun orang lain..
setuju kalau itu point yang betul…sebagai wanita kita kena redha tapi banyak hati yang perlu kita jaga, sebagai lelaki ini bukannya cara untuk ambil kesempatan…..
Amanah dan tanggungjawab poligami ni bukanlah mudah..
semangat betul bro ni nak kahwin 4.. ish ish ish.. :3
Jangan menganaya kedua2 pihak sudah. Sakit hati? Tentulah.
Sudah pasang angan-angan. :-)
Walaupun kuota ada 4, tetapi kena tanya diri dulu sama ada mampu atau tidak dari segi nafkah zahir, batin dan paling penting sekali mampukah berlaku adil… Kalau yakin mampu, boleh teruskan niat yang baik… Tapi kalau buat-buat rasa mampu, tapi sebenarnya tak mampu, nantikanlah azabnya di akhirat nanti… hehehe tolong tambah point… ;)
salam ramadhan
pertama kali singgah cni
walau boleh di 4 kan,,
tak semua lelaki layak
kan,,,
point sensitip ni.. hehehehee..
hanya yang benar2 mampu je layak :)
Setuju dengan empat2 point tu. Sunnah itu luas.
Menarik juga entri ni,boleh dijadikan bahan bacaan santai
Jadi panduan dan pedoman pun boleh huhu
Haha..memang terbaiklah! Gambar yang diselarikan dengan penulisan..
Eh..eh..betul ke maksud Bro masa menunjukkan isyarat 4 jari tu?
assalamualaikum bro…perkongsian yg baik ni…kalau mampu,adil n saksama apa salahnya kan…:)
hahaha.. bro nih. sabor je lah.
kalau mampu tidak salah…buatlah ikut perundangan dan syarak..
lelaki memang pakar bab-bab ni