Sedapnya dapat menikmati sengkuang yang disapu sos (tak pasti sos apa, tapi bukan kuah rojak) ditaburkan atasnya kacang dan gula.
Inilah pertama kali makan sengkuang yang dijual di Taman Tasik Permaisuri, Cheras.
Dah lama Bro perhatikan benda ini. Hari ini baru berani nak pergi beli. Tekak teringin nak rasa.
Tapi Bro selalu tersalah sebut antara Sengkuang dengan Lengkuas.
Bukan Bro konfius atau tak kenal 2 benda ala ini. Cuma dari kecik Bro selalu tak dapat nak bezakan nama kedua-dua benda ini.
Sama kes juga dengan kes Bro susah nak bezakan kanan dan kiri. Kecuali Bro angkat tangan ke mulut (buat gaya nak makan) baru tau, itu adalah tangan kanan. Lalu otak proses arah kanan dan kiri.
Apa-apa pun kekeliruan yang mampu buat Bro confius telah dibahan oleh Mak Lady (Jemput baca blog milik mak kepada Jejari Runcing)
Selamat tak dapat mak mertua macam Mak Lady. Kalau tidak, hari-hari Bro kena bahan dengan mak mertua.
hoho~ pelik tapi benar tu.. cam cikgu kimia saya.. dia kidal.. susah nak bezakan kiri dan kanan ..so dia pakai jam kat tgn kanan.. tau la mana satu kiri n kanan..kekekekek ~
Ramai gak yg hadapi masalah macam nie. Malangnya bro dah bertahun tak pakai jam.
Bro pakai jam dekat tngan kanan
Terkadang saya jadi begitu juga. Hahaha
Dulu selalu makan sengkuang. Boleh beza tak?
huhu…yg kiri kanan tu same…hahah…kekadang org kata suh belok kanan kita ke kiri… >.<
Yes ada juga yang berpenyakit macam Bro huhu
Memang jauh beza dengan sengkuang dan lengkuas. :-)
hhhaha..samala macm nad..x tau gak beza lengkuas dan sengkuang…pasu kdg2 tunang main2kan..suh angkat kanan terangkat kiri..yela tgh mamai masa tu..
sengkuang bentu piza ni selalu makan di tabung haji KL….
kalau tesebut lengkuas, mesti muka orang tu terpinga-pinga. Orang sebelah lak bantai bahan ketawa hehe
gua 1st time makan kat gerai burger time sebelum solat jumaat di masjid wilayah. ingat jual burger je pada awal, sekali ada sengkuang la~
kat keramat pon ade jual ni bro…
aritu ofismate ade beli tp cam takot nk rase..
skrang teringin la plak…hiks.
Saya kadang ada juga konpius kiri dan kanan,kalau bawak kereta orang suruh masuk kiri,mmg konpius jap hehehe…nak pulak kalau simpang tu dekat,lagi rasa konpius hahaha…
sedap tue sengkuang. nyum..nyum.. boleh lah buat menu untuk berbuka puasa nanti ^_^
assalamualaikum bro…hehehe wat lawak je…sengkuang mkn mcm tu mmg sedap…:)