October 23, 2020

Gadis Berbaju Kebaya

Gadis Berbaju Kebaya, Miss Malaysia KebayaDia gadis berbaju kebaya.

Bergaya ayu dan anggun sewaktu Bro mengambil gambarnya pada Majlis Sidang Media Miss Malaysia Kebaya yang berlangsung baru-baru ini.

Dia tersenyum pada Bro.

Bro senyum kembali kepadanya.

Nampak macam gadis melayu, tetapi macam bukan.

Baju Kebaya ini betul-betul mengaburi pandangan mata Bro untuk menganalisis kebenaran disebalik imej yang digambarkan pada pandangan mata ini.

Lirikan matanya tidak putus memandang pergerakan kamera Bro (sedangkan hanya kamera iPhone)

Siapakah gadis ini?

Biarlah ianya menjadi tanda tanya dalam hidup Bro waktu itu. Lagipun mata Bro hanya tertumpu pada seseorang yang turut hadir dalam majlis ini.

Duduk selang beberapa kerusi dengan Bro. Sian tiada sesiapa yang sudi duduk disebelahnya. Ops Bro sudah kahwin.

Keesokan harinya.

Bro ditegur oleh seorang gadis yang amat manja, cute dan manis tutur katanya. Seorang gadis yang pemalu bernama Cassandra.

“I saw u Yesterday at Miss Malaysia Kebaya”

“Eh ada ke? I tak nampak u pun”

“I la yang berbaju kuning, I nampak u amik gambar I”

“Eh ye ke?” Lalu Bro belek-belek gambar yang ada dalam iPhone Bro. “Eh yang ini ke?” tanya Bro balik sambil tunjukan gambar pada iPhone.

Maka selesai sudah misteri yang berlegar-legar di fikiranku. Tidak lupa juga no telefon gadis yang duduk beberapa kerusi dari Bro tadi :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Gadis Berbaju Kebaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *