June 27, 2025

Status Malam Jumaat : Perli Suami Isteri


Salah satu cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri adalah dengan cara perli memerli. Jangan melampau sangat, biar perli yang terkawal.

Dengan cara ini kita dapat tahu apa yang pasangan kita alert tentang kita dan apa yang kita sendiri tidak alert pasal diri kita.

Macam Bro dengan isteri memang dari sebelum kahwin suka perli memerli atau dengan bahasa mudahnya “membahan”.

Walaupun kenkadang makan dalam. Tapi kami berdua masih boleh tergelak dan buat muka tak de perasaan (bajet tak terasa la tue)

Pagi tadi, sebelum Bro pergi kerja. Sempat sediakan breakfast dengan isteri sambil menonton tv.

TV3 siarkan cerita Barbie.

Disebabkan cerita itu dia dah tengok dan bro siap belikan dvd. Maka bro ubahlah ke channel lain sambil perli dia, “dah nak jadi mak budak pun, tengok cerita ini”

Nampak dia buat muka tak kisah sambil jeling-jeling pada bekas dvd.

Bro layan cerita Ryukendo (cerita jepun macam power ranger tue) – tapi cerita hari ini tak de lawan dengan raksasa tapi dorang buat kuiz antara ahli kumpulan yang paling bijak.

Siapa yang betul jawapannya, akan dapat kunci yang mampu buat senjata dorang makin power.

Bro cakap la, “siapalah yang buat cerita bodoh ini”

“Cerita bodoh pun ada juga orang tengok, siap tengok cerita ini berulang-ulang kali”

Bro amik remote, dan tukar ke cerita lain sambil teruskan menikmati breakfast.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Status Malam Jumaat : Perli Suami Isteri

  1. bahan membahan & bergurau salah satu cara menyampaikan sesuatu pada pasangan dalam keadaan yang tak tegang.. kita pun suka bahan membahan.. semasa sendiri. nak dengar puji memuji memang jarang tapi kalau nak dengar ketawa pecah umah selalu jugak.. :D

  2. assalamualaikum bro…hehehe sesekali tengok apalah salahnya tapi kalau mmg dah minat x boleh la nak ckp apa…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *