Masih adakah satay dijual pada harga RM0.30 sebatang?
Itu persoalan yang Bro ajukan di facebook. Tetapi tiada jawapan yang Bro terima menyatakan bahawa ditempat mereka ada orang jual satay pada harga 30 sen sebatang.
Gambar diatas merupakan harga satay di pasar malam (hari Rabu) di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Ini merupakan kali ke-3 Bro beli dekat gerai ini.
Terkejut sangat dengan harga satay yang mereka tawarkan. Nak kata daging sataynya sikit, nampak macam banyak je.
Rasa lagi berbaloi makan satay ini berbanding dengan satay yang berharga RM0.80 yang tempoh hari Bro makan. Tapi Bro terlupa dekat mana Bro beli satay tue.
Disini Bro ingin kongsikan harga satay di lokasi tertentu berdasarkan jawapan dari rakan-rakan di facebook.
Irwan Alessa : Bukit Sentosa, Rawang – masih 45sen sebatang.
Muhammad Hafiidh Al Haq : Meru, Klang – average harga 50sen.
Innanie Ariffin : Kluang, Johor – masih ada lagi 25 @ 30 sen.
Nurul Adila Ahmad Husaini : Kampung Palet berdekatan dengan Bukit Mertajam, Penang – Sate 40 sen jual kat 1 kedai char kue tiaw.
Bagaimana pula dengan harga satay tempat anda?
Jom kongsikan.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
kira murah ni bro,ingatkan da x wujud lg skrg hrga murah gni..jgn2 satay ayam kena gelek motokar kot..hehehe…gurau :)
Memang murah… amboiiii..
Dia selalu jual dekat pasar malam nie. Siap boleh amik katering dengan dorang lagi…
kat selayang pun masih ada lagi sate harga bawah RM0.50 ni bro kat pasar malam…:D
Dalam berapa tue ek Ezad?
Lebih kurang je harga mcm dlm gambar tu bro..sy jarang beli tapi kalau pergi pasar malam mmg selalu nampak..kat pasar malam je boleh jumpa mcm tu bro..kalau beli tempat lain..mahu 70-90 sen secucuk..huhu
Pasar mana eh, belum habis kaji walaupun dah stahun duk rawang nih..
Pasar malam tiap rabu dekat Bandar Tasik Puteri.. Try tanye boni.. betul2 dekt dengan rumah bro
bro ni memang mengundang lah. siyes kita suka sate. :) tapi memang sate kat kluang murah. so bila kat KL memang tak beli sate.
Oh, Bro bila terasa nak makan je baru cari satay
sate kat klate mahal giler!!!!!!! grrrr
Berapa dekat sana ek? Ke tempat muja je yang mahal tue
rm0.50hahaha
Seriously kampung pelet? kalau kat Puncak Mutiara Cafe yg meletop tu, takdenya sen2. paling2 pun, seringgit sebatang.
Tak pasti, kena tanya pada si informer diatas untuk kepastian.
Biasanya apa bila hendak merasa satay tidak berkira berapa sebatang. Yang penting sedap terutama kuah kacang. :-)
belum pernah jumpa sate harga bawah 60sen kat trg nih
assalamualaikum bro…mmg murah harganya tapi kat jb ni masih 50sen secucuk…:)
paling murah aku jumpa 40 sen. paling mahal..70-80 sen.
Satay Murah ?? susah nak jumpa dah. Ada yang sebtang RM1 tau.
Aduh,sekarang kena hati hati.Banyak sate yang dibuat dari daging haram