Berat semakin naik selepas kahwin.
Perkara normal bagi mereka yang baru berumah tangga.
Dulu ada seorang ini suka gelakkan Bro, sekarang turn Bro pula gelakkan dia. Baru tahu, berat badan naik ke tak selepas kahwin.
Tak apa sebenarnya.
Itu tanda kebahagiaan bagi setiap orang yang berumah tangga.
Dulu sebelum kahwin, berat Bro lebih kurang dalam 73kg. Dan sekarang berat telah mencecah 80Kg.
Kesannya memang terasa bila terasa badan ini montel dan pendek. Adeh, jalan pun macam terkedek-kedek. Tak sama macam zaman memuda dulu.
Jika dulu,
Bro makan makanan Bro. Makan dia yang tak habis pun Bro makan juga (membazir itu sahabat syaitan)
Sekarang ini,
Bro makan makanan Bro. Makan dia yang tak habis pun Bro makan juga. Belum termasuk makanan yang dia mengidam nak makan tapi sekadar rasa sikit je. Bro juga yang kena habiskan (membazir itu sahabat syaitan).
Masakan yang dia masak juga pun Bro kena habiskan. Nak jaga hati isteri, sedap tak sedap pun kena telan juga he..23x
Bicara Bro : Kebahagiaan seorang lelaki terletak pada perutnya. Makan masakan isteri pun tambah dua tiga kali.
Tak pe Bro, Janji sihat. Gemok pun x kisah kalau ada yang sayang. hihihihihi.
Wa sihat, lu pun sihat juga. Sama-sama ada orang sayang kan :)
Nasihat saya, bertindak sebelum terlambat…
haha… normal la tu bro..
haabisla lepas ni sixpack tinggal 1 pack..haha
senang hati & berselera bila ada yg jaga kan. tetap kena kawal bro utk kesihatan diri sendiri juga… :)
haha xpe bro slgi blh mkn go on..nnti senam :-)
samalah dengan den ni ha…nak diet tak juga buat2 lagi…huhu
tu biasa bila dah ada org jaga makan minum kita…
tu belum lagik ada anak tu. kot 2-3 org x abis makan, huh, bayangkan mak bapak nya… hehehe…
hurmm…. bro beli seluar ke tak nie….aritu tengok SELUAR DAH MINTAK NYAWA….keh3x…
hehehe aku belum kawin pun dah naik berat ni, ingat cuti t nak joging balik la, kasi fit..
hoho..jaga hati punya pasal. Tapi gua setuju. Perut susah nak menipu.
pendek dan montel?? kahkahkah… lawak punya ayat.. :)
assalamuam bro…dah kawenkan tu yang senang hati ada yg menemani…:)
hahhaha.. tergelak saya baca entry ni… bukan apa, sebijik macam hubby saya.. saya tak hbs mkn, dia hbskan… ank2 xhbs mkn, hubby gak habiskan… saya masak pun, kalau tak sedap, hubby gak hbskan… hahhahh… last2 dia yg makin membesar tapi saya yg maintain… hahahh
gemuk gemuk juga bro..
kesihatan jaga k… =)