March 29, 2024

Breakfast Di Halaman Rumah Dengan Isteri

Pukul 8 pagi baru sampai rumah selepas ambil isteri yang baru selesai shif malam.

Dengan mata mengantuknya sepanjang malam maka terpaksa bermalam di stesyen minyak yang buka 24 jam, untuk keselamatan.

Tak larat nak drive dari Cheras – Rawang kemudian paginya dari Rawang – Cheras – Rawang semula.

Bila sampai rumah,

Tengok isteri lena je tidur dalam kereta.

Malas nak kejutkan, penat kot kerja malam tadi.

Masuk rumah, tengok rumah bersepah. Opss…!!! Ini bukan kes rumah kena pecah masuk. Tetapi kerja pendawaian rumah semalam dibuat tetapi belum dikemas.

Rasanya nak makan dalam rumah macam tak selesa.

Maka, breakfast yang bro beli dekat tepi jalan tadi, bro hidangkan dekat meja yang terletak dihalaman rumah.

Memang makan dekat halaman rumah selesa sangat. Dengan kedinginan kawasan ini diwaktu pagi.

Mata isteri yang mengantuk pun boleh segar bugar bila dapat layanan istimewa macam ini dari suami. Celik mata, keluar kereta terus makan je.

Luas juga halaman rumah ini.

Jangan kata main baling selipar. Main kejar-kejar dengan isteri dari dalam sampai keluar rumah pun best. Sure kami suami isteri kekal cergas sentiasa (itu pun kalau larat nak main kejar-kejar)

Hari ini, baru ada masa nak kemas rumah ini setelah hampir seminggu menyewa disini.

Lokasi : Badar Tasik Puteri, Rawang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

27 thoughts on “Breakfast Di Halaman Rumah Dengan Isteri

    1. Tak sempat nak berbulan madu pun, minggu ini minggu yang memenantkan dengan kerja, balik rumah untuk kemas rumah je…

      Banyak bahagian dalam rumah nie yang xkemas lagi.

  1. mungkin suasana berbeza jika sarapan di halaman rumah di kawasan perumahan & kampung. yang penting dapat melakukan aktiviti bersama orang tersayang sudah cukup bermakna dalam kehidupan.

    * makan di mana2 pun tak kisah..janji hati gembira + perut kenyang ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *