December 6, 2024

Apakah Sumbangan Yang Pernah Kita Berikan Sebagai Blogger

Sepanjang hidup, apakah sumbangan yang pernah kita berikan kepada masyarakat?

Sebagai rakyat Malaysia, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Banyak cerita dan pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.

Dan mungkin ianya mampu memberi inspirasi dan dorongan kepada orang lain untuk berjaya.

Bro sendiri rasa berbangga diberi peluang untuk berkongsi cerita dan dalam masa yang sama terlibat dengan projek Tanggungjawab Sosial Korporat yang dilancarkan oleh salah satu laman bidaan Malaysia – ChikaPowWow –“I Care 2 Share”.

Ia memberi peluang kepada semua masyarakat yakni orang ramai untuk memberi sumbangan bagi tujuan kebajikan dengan hanya mendengar cerita yang dikongsikan melalui Projek Listen

Setiap kisah atau video dari Project Listen yang anda dengar dikongsikan kepada umum, Prudential akan mendermakan RM1 kepada PRUKasih.

PRUKasih merupakan projek Tanggungjawab Sosial Korporat yang membantu memberikan perlindungan kewangan kepada keluarga miskin pada waktu diperlukan.

Bro juga ada kongsikan kisah dari pengalaman Bro sendiri di http://projectlisten.com.my/ untuk dikongsikan bersama.

Semoga perkongsian ini dapat menolong mereka yang lebih memerlukan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Apakah Sumbangan Yang Pernah Kita Berikan Sebagai Blogger

  1. setakat ni mmg belum ada apa2 sumbangan..tetapi jay dah tarik beberapa org kawan jay utk menceburi bidang blogging ni.:)

    1. jay dah bgtau dah bro..blogging ni bukan sekadar duit or bisnes.tapi juga dapat meluaskan pandangan dan bertukar idea atau pendapat dan juga boleh share pengalaman..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *