February 16, 2025

Pesan Mak : Jangan Marah Anak Orang Walaupun Dia Adalah Isterimu

Pesan mak,

Jangan sesekali memarahi anak orang lain walaupun dia adalah isteri kamu.

Ini kerana, mereka juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Mereka juga mempunyai hati dan perasaan.

Cukup dengan menegur mereka dengan cara yang baik dan lembut.

Dari menegurnya secara terbuka dengan nada yang tinggi sehinggakan mengaibkan dia.

Walaupun dia adalah isteri kamu, tak semestinya kamu boleh buat apa yang kamu suka terhadapnya. Maruahnya sebagai perempuan merangkap amanat yang dipertanggungjawabkan keatas kamu. Kamu patut menjaganya.

Perempuan memang dilahirkan dengan hati yang lembut dan nipis. Mudah tercalar dan terasa.

Bicara Bro : Jangan sesekali melepaskan kemarahan anda kepada si isteri.

Melepaskan yang lain tak apa, nafkah namanya. Pahala pun dapat, kasih sayang pun dapat.


Kredit gambar : link

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Pesan Mak : Jangan Marah Anak Orang Walaupun Dia Adalah Isterimu

  1. Setuju tak elok marahkan anak orang, tak baik. Kalau isteri buat silap tegur baik-baik. Kalau boleh buat lawak sambil nyindir lagi bagus….sama-sama gelak

  2. betul..isteri perlu dilindungi..tapi sebagai suami kita berhak tegur kesalahan isteri..ada caranya nak menegur..bukan dengan nafsu amarah..tetapi kita manusia mudah alpa, perasaan marah sering menguasai diri…

    janji dapat kawal kemarahan diri….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *