April 20, 2024

Kawan-Kawan Yang Kita Suka

Baru-baru ini bro telah menonton teater yang berjudul Kawan Kawan Yang Kita Suka (KKYKS) yang dipentaskan di Stor Teater, Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur.

Ianya merupakan karya arahan Fasyali Fadzly dan mula dipentaskan selama lima hari bermula 5 – 9 September.

Dibarisi oleh empat pelakonnya iaitu Karl Shafek (Agus), Anas Ridzuan (Anuar), Fazleena Hishamuddin (Fara) dan Ameera Ramly (Huda). Mereka berempat berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan keadaan pentas dan konflik yang melanda.
Segala isu semasa dikupas benar-benar berlaku dalam dunia realiti anak muda seperti hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), siswazah yang menganggur dan tidak pandai menguruskan kewangan sendiri.

Agus

Lakonan Karl Shafek seorang graduan yang ingin ke Jepun tetapi mempunyai masalah dengan PTPTN yang menyekat beliau untuk keluar negara.

Untuk pelepasan beliau perlu melunaskan 10% dari jumlah pinjaman beliau. Maka beliau telah meminjam duit dari keluarga beliau.

Bagi meraikan beliau keluar negara, maka beliau telah open table dan mengajak rakan-rakannya untuk meraikannya.

Malangnya, pada malam tersebut. Duit yang dipinjam beliau hilang. Ini menyebabkan dia mengesyaki rakan-rakan yang selama ini rapat dengan beliau.

Sedangkan rakan-rakannya syak beliau tersalah letak kerana beliau seorang yang cuai dan selalu acuh tak acuh dalam hidupnya.

Anuar

Lakonan Anas Ridzuan (Mentor 6) rakan serumah Agus. Seorang yang relax dan suka melakukan perniagaan MLM sendiri.

Walaupun berbagai perniagaan MLM beliau ceburi sedikit pun tidak mematahkan semangat beliau walaupun sudah beberapa kali kecundang.

Perkara yang menarik mengenai Anuar, beliau seorang yang percaya pada benda-benda mistik. Salah seorang yang disyaki sebagai suspek dalam kehilangan duit Agus.

Fara

Lakonan Fazleena, seorang yang tegas dalam apa yang beliau lakukan. Beliau banyak menyertai demontrasi jalanan memamsuhkan PTPTN.

Antara kawan yang paling rapat dengan Agus. Sewaktu duit Agus hilang, beliau menjadi suspek utama. Beliau melenting ketika Agus menuduh dia yang mencuri duit beliau.

Sedangkan sewaktu selepas open table, Agus banyak habiskan masa dengan beliau.

Huda

Lakonan Ameera, seorang pelajar yang duduk serumah dengan Fara. Beliau paling muda antara yang lain. Seorang yang amat menghargai persahabatan yang telah terjalin diantara mereka.

Pada malam kejadian, beliau ada di rumah Agus untuk meminjam laptop bagi menyiapkan assignment beliau. Selepas kes kehilangan duit Agus, beliau antara orang tengah yang cuba meredhakan konflik yang melanda.

Tetapi tindakkan beliau disalah anggap dimana dia dituduh mengapikan mereka. Dengan orang ini cakap lain, dengan orang tue cakap lain pula.

Beliau juga antara suspek kerana beliau memerlukan duit bagi menyiapkan assignment beliau.

Siapakah suspek kehilangan duit tersebut?

Untuk mengetahui kesudahan, jom kita layan teater ini. Pada 9 September ini, akan diadakan 2 sesi pementasan iaitu pada pukul 3 petang dan 8.30 malam.

Jangan lepaskan perluang ini.

Anda boleh mendapatklan pas masuk dengan harga RM30 pada hari persembahan atau menghubungi Ajun di talian 012-2789352.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Kawan-Kawan Yang Kita Suka

Leave a Reply to Panas Giler (djchef) Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *