The Pool,
Salah satu lokasi yang menampilkan suasana tepi kolam renang yang membawa sesuatu kelainan kepada kehidupan malam di Kuala Lumpur.
Bro pernah beberapa kali datang ke sini menghadiri event bersama blogger dan juga private event.
Tempatnya agak terbuka dan sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan dan jauh dari asap rokok.
Ianya diasaskan oleh pengasas yang sama bagi restoran dan bar terkenal, The Hill di Damansara Heights.
The Pool ditakrif mempunyai suasananya yang tersendiri, kontemporari dan perkhidmatan bertaraf VIP ultra. Ia juga merupakan pilihan tempat yang ideal bagi mereka yang ingin menikmati kehidupan yang mewah.
Jika anda kesini, jangan lepaskan perluang untuk menikmati minuman ini :-
The Pool
347 Jalan Ampang, Kuala Lumpur, MY.Facebook : The Pool, Jalan Ampang
Rabu hingga Sabtu – 5.00 petang hingga 3.00 pagi
Ahad – 4.00 petang hingga 3.00 pagi
Isnin & Selasa – Tutup
dengan status stud, memang cannot afford la tmpat mcm ni..
btw makin kacak plak bro ngan header baru ni… ada open house jgn lupa jemput ye..hehe
Sekali masuk RM35 seorang, jika pasangan adalah perempuan. dia dapat free.
bro datang tempat-tempat macam ini bila ada event je.
Ops kacak ek he..23x maaf tiada open house. majlis ada la, tidak lama dah
ok aa tu 35 jer..cuma jauh sgt..huhu
seriously sekali masuk RM35 seorang..? nampak tempat ni mcm eksklusif habis da bro…ingatkan beratus sekali masuk…kalau 35 ok la.. :D
Smart la tempat ni. rm35? peh boleh bawak date pegi sini ni. haha.