Royal Belum World Drum Festival 2012 merupakan salah satu daripada acara pembuka tirai bagi Tahun Melawat Perak 2012 bertaraf antarabangsa.
Ianya merupakan satu acara gilang gemilang yang mengumpulkan kumpulan muzik yang berasaskan gendang dan genderang dari seluruh pelusuk dunia.
Festival ini berlangsung selama 6 hari bermula pada 21 – 26 Februari 2012.
Sebagai persembahan pembukaan,
Kumpulan Gendang Dabus Negeri Perak beserta dengan penari-penari kebudayaan mengetengahkan keunikan muzikal dan tarian kesenian dan kebudayaan Negeri Perak dan Malaysia kepada para pengunjung dan pelancong yang datang ke acara ini.
10 Negara mengambil bahagian dalam acara ini yang melibatkan 12 kumpulan iaitu :-
- Kuala Lumpur Drumline Corps – Malaysia
- Dhoi Federation – Malaysia
- White Percussion Unit – Malaysia
- Wadaiko Syo – Japan
- Capoeira Camara – Brazil
- Seratuspersen – Indonesia
- Absolute Thai – Thailand
- Rhythm Masala – Sinagpore
- Natiq Rhythm Group – Republic of Azerbaijan
- Malwa Sabhyacharak Club – India
- U Ri So Ri – Korea
- Bonita – Vietnam
Acara ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan juga Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah
Jom layan aksi bro di belakang pentas bersama peserta yang mengambil bahagian dalam festival kali ini.
Jom layan lensa Bro pula sepanjang festival ini berlangsung
Senyuman manis dari penari-penari kebudayaan dan kesenian Negeri Perak.
Macam kenal, tapi cam segan nak tegur.
Bro bersama perserta dari Vietnam.
Antara persembahan yang memukau pengunjung…. Dan bro perasan, lensa kamera banyak menumpukan kepada mereka berbanding lelaki dan juga pemain gendang yang lain.
Terima kasih bro ucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak dan Kementerian Perlancongan Negeri Perak kerana sudi menaja pengangkutan + penginapan kepada bro dan team media Bro.
Tidak lupa juga kepada Kilatan Unggul EZ Events Sdn Bhd kerana sudi menjemput bro sebagai media untuk acara bertaraf antarabangsa ini.
Bicara Bro : Bro teringin menjadi Duta Blogger Negeri Perak. Itu pun jika kerajaan negeri sudi mengambil bro.
Kalau ikutkan, banyak lagi produk perlancongan di Perak tidak diketengahkan lagi. Mungkin ia memerlukan pihak yang boleh mengetengahkannya hingga ke peringkat antarabangsa. Dan ia datang dari kalangan Blogger sendiri.
wowww, meriah gila.. aritu terbaca post mejah pasal ni :D
Memang meriah… 10k pengunjung membanjiri lokasi festival ini
meriah bro..bila boleh join aktiviti cmni..hehe
jika ada ape2 event di tempat korang, korang join je… macam bro selalu buat…
last2 ade company yang roger bro suruh jadi media untuk cover mane2 event dorang…
dan kebanyakan memang di sponsor
meriah nye. ingat kan dr malaysia je.
Dah nama pun “world” tak kan dari malaysia je kan…
tapi peserta dari malaysia pun apa kurangnya… terbaik…!!
owh so ohsem…
nie baru tengok gambar je.. cuba tengok betul2… sure lagi ohsem
wah,meriah ye bro… kire ni blogger jemputan khas utk buat liputanlah ye.. best2 ;)
bro org perak ek.. samelah kite yop :p
teman memang orang perak.. dok tg malim.. pernah merantau ke ipoh selama 7 tahun (berlajar) lepas teu 8 tahun hidup di KL….
bro dijemput sebagai media je.. kena cover nie dalam blog-blog bro… bro ada team sendiri… insya’lah if tiada apa-apa aral. tahun nie bro mungkin akan ke Singapore dan Hong Kong untuk cover event..
wah bestnye.. ;)
Next time bro bawa nurul pula ek
Bro..kim salam kat baju merah yg dari vietnam tu..hahaha…ada nombor phone tak??:P