Hari ini bro akan menyertai media tour 3 hari 2 malam ke Royal Belum World Drum Festival di Perak.
Bro dapat invitation minggu lepas untuk lawatan media ini.
Kalau ikutkan minggu ini bro perlu menghadiri majlis Perkahwinan Ana Raffali, selepas menerima jemputan dari beliau 2 minggu lepas. Apa-apa pun bro dah mohon maaf kepada beliau.
Dia faham kerja sebagai blogger macam bro memang susah sikit nak meluangkan masa.
Lawatan media ini fully sponsor, dari pengangkutan, hotel dan sebagainya. Dengan cerita beberapa wartawan hiburan akan sertai bersama. So tidaklah bro rasa janggal sebab dah biasa berjumpa dengan mereka.
Bro perasan ada beberapa blogger akan ikut serta.
Untuk maklumat lanjut mengenai Royal Belum World Drum Festival, anda boleh dapatkan di sini.
Bagi anda yang berada di sekitar Perak. Jom reramai memeriahkan festival ini. Kalau bertembung dengan bro. Tegur-tegur la.
Kata orang, “Ipoh mali talak sombong”
7 tahun duduk Ipoh :)
Bicara Bro : Jadi la blogger yang berpengaruh melalui kualiti blog dan personalitinya.
Tak perlu berbangga dengan trafik yang mencacak, SEO panas-panas. Sedangkan orang lain memandang rendah anda sebagai blogger.
Dalam paper hari ini, artis saman blogger.
orang Perak pulang ke kampung. hehe.
Baik punya perli tue….