November 28, 2020

Tips Mengelakan Diri Anda Jadi Bujang Terlajak

Berapakah umur anda?
30-an atau 40-an.

Sudah berumah tangga?
Belum lagi. Oh kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40-an ek.

Adakah ini bermakna anda tergolong dalam golongan bujang terlajak?

Kali ini, bro akan kongsikan beberapa tips dan pertua yang belum tentu boleh pakai (tapi boleh dijadikan rujukan, jika anda tidak mahu jadi bujang terlajak)

1. Jangan bermuka-muka bila ingin mengenali si dia


Jangan nak bermuka-muka bila nak mengenali si dia. Jadi diri anda yang sebenar.

“Show your true colour” bak kata orang putih, bukan cam orang hijau dan kuning di atas ini he..23x

2. Jangan nak menyamar jadi spy yang tak bertauliah

Tak perlu nak menyamar ala-ala james bond atau spy yang tak bertauliah untuk mendekati si dia.

Kalau dah dekat dengan dia, rapat dengan si dia. Banyak yang akan kita tahu mengenai dirinya.

Sebab itu bro sentiasa rapat dengan perempuan, kemudian baru mudah untuk mengenali mereka.

3. Jangan lupa amik hati mak bapa si dia

Ini antara bab yang ramai orang fail.

Asik nak mengayat si dia je. Mak bapa dia sedikit pun korang tak pernah nak amik hati.

Mahu nak makan penampor dok usung anak dara orang ke hulur ke hilir. Dapatkan izin dan restu, sure dipermudahkan untuk korang.

4. Rakan anda jangan dilupai

Ramai antara kita ini, sebab awek sorang. Member sendiri pun di lupakannya.

Kadangkala kena juga ingat member-member. If time sesak-sesak nak dating, bro pinjam sikit. Jangan pula anda makan kawan pula ek

Lain la BMW – Best Men Win (moto bro zaman sekolah dulu)

Kredit pic : Filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur

Jom layan filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur di pawagam berhampiran anda pada 19 Januari 2012.

Antara Johan, Nabil dan juga Saiful. Siapa yang dapat memiliki hati si fazura?

Jawapannya, mesti la bro kan he..23x

Bicara Bro : Mak bro dah bising-bising, sampai bila bro nak jadi bujang terlajak ini. Adik sorang sorang dah nak langsung dah.

Jangan sampai sekali kahwin, penuh kouta bro pula nanti :)

Jom layan video interview bro dengan Prof Madya A. Razak Mohaideen

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Tips Mengelakan Diri Anda Jadi Bujang Terlajak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *