Tak salah untuk kita jatuh cinta.
Jika ditelitikan nas-nas Islam, tiada dalil yang menyatakan Allah SWT dan RasulNya yang mengharamkan mencintai seseorang yang ingin kita jadikan pasangan hidup.
Bahkan al-Quran sendiri mengiktiraf cinta tersebut.
Ini kerana jatuh cinta antara jantina yang berbeza adalah fitnah manusia. Ianya bukan diada-adakan.
Allah SWT ada berfirman mengenai lelaki yang jatuh cinta kepada janda yang masih dalam edah kematian suami:
“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), atau tentang kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka).
Allah SWT mengetahui bahawa kamu akan mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan.
Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah SWT mengetahui apa yang ada dalam dada kamu, maka beringat-ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar”.
(Surah al-Baqarah: 235)
Ayat di atas membicara mengenai larangan meminang wanita dalam edah kematian suami sebelum tamat edahnya.
Ini kerana hukum edah mempunyai banyak masalah termasuk membabitkan perasaan keluarga bekas suami. Namun Allah tetap tidak melarang sindiran yang mempunyai maksud ingin meminang, juga tidak salah keinginan yang tersimpan dan perasaan yang selalu teringatkannya.
Itu semua tanda ‘jatuh cinta’. Cumanya, Allah SWT memerintahkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan.
Bicara Bro : Tak salah untuk jatuh cinta,
Tetapi salah untuk jatuh cinta dengan kaum sejenis dan ingin mengahwini mereka.
Cinta sesuatu yang subjektif, cinta yang kekal hanya untuk Dia. Cinta sesama manusia hanya sementara. Jangan seksakan hidup anda kerena cinta anda sesama manusia sehingga melupakan Dia yang lebih utama.
fitrah bro..bukan fitnah..hehe
typo di situ…
rajin tak nak editkan…?? ke nak jadi editor dekat blog bro yang tak bertauliah nie…??
tak nak la..tak salah tegur sesama kita. Ini blog peribadi bro. So rasanya tak perlu orang lain untuk dijadikan editor.
Bukan masalah pun.. blog nie pun ade 2orang tukang update he…23x
boleh je nk jadi editor di blog2 bro yang lain
boleh sahaja. hehe
SALAM. ENTRI YG MENARIK.
MALAM NI BLOG AKU CITER PASAL :
PEREMPUAN, ISTERI DAN DOT DOT DOT
http://awieomar.blogspot.com/2011/04/10-personaliti-gadis-bakal-menjadi.html
HARAP SUDI LA TENGOK
entry biasa2 je nie
semua orang akan jatuh cinta bila bertemu dengan orang yang mereka cintai..
biarlah cinta itu di landasan yang betul ..
bagaimana jika jatuh cinta pada mereka yang kita tidak cintai
perasaan cinta akan datang dengan sendiri nya
masa dan keadaan yang akan tentukan ..
tapi tak salah kan?
menarik..;)
biasa2 je nie
semua orng pasti akan ada feelin jatuh cinta tu, tp jgn la ada yg sesama jenis ya..
ramai juga yang bercinta sesama jenis
typo rupanya fitnah tu. Patutlah cam pelik ja. Lepas baca ni baru lega sikit. Tak salah kan cinta dalam hati ? HEE
meh la cintai bro dalam hati :)
Menarik entri ni
entry biasa2 je nie.. harap ada pengisian buat semua
cinta aku rahsia heheheh.. xkan diluahkan tanpa bukti akan di telan kalau xde jodoh!