Hidup kita di dunia hanya sementara.
Tiada yang kekal lama.
Kehidupan yang sementara ini diberikan olehNya untuk kita menjalankan tanggungjawab seperti mana yang diamanahkan olehNya.
Dalam masa yang sama, kita hendaklah memperhambakan diri kepadaNya dengan menunaikan ibadat kepadaNya.
Tetapi berapa ramai yang menggunakan kehidupan ini dengan suatu yang berfaedah?
Adakah perlu anda mengetahui baki kehidupan, baru anda akan mula menghargai baki kehidupan yang anda masih miliki?
Bagaimana pula bila hidup anda di singkatkan kepada 25 tahun?
Itu yang diperkatakan dalam filem – In Time
Bicara Bro : Bro sendiri pun tak rasa boleh hidup lama. Lagi-lagi dengan penyakit yang bro ada ini.
Walaupun bro berpantang itu ini. Belum lagi menjamin apa-apa.
Maka, bro nak gunakan baki kehidupan untuk sesuatu yang berfaedah. Bro tak suka cari musuh, bertelagah sesama orang etc.
Bro takut, tak sempat nak meminta maaf
tak boleh nak dibayangkan kalau tiba2 dapat tau hidup disingkatkan. contohnya pesakit kanser. byk perkara yg bermain dalam fikiran. cukup ke amalan kita. adakah dosa diampunkan.
Kalau kena cancer tapi masih mampu untuk buat benda-benda yang terakhir yang boleh kita buat, itu ok lagi…
Bayangkan kalau dah tahap kritikal. Nak gerak tak boleh, makan tak boleh…
Macam mana la tue kan
Tp lagi teruk kalau mula2 elok je… Then tiba2 je out…
kalau hidup tak panjang di sebabkan penyakit, masih ada nak beramal dan meminta maaf semua tu. tapi kalau kemalangan dan terus dicabut nyawa, peluang tu memang takde la….
p/s:-
Nak mintak maaf gak kt Bro kalo sy ade salah silap terkasar bahasa selama ni. nak raya dah ni hehe :)
Tapi zaman sekarang kebanyakan manusia mati senang je.. tau2 je hilang terus nyawa.. mudah sangat…
ok bro maafkan…
duit raya mana…??
sedihnya kalau nyawa di ambil dlm keadaan sgt2 blum bsedia… =(
Anytime je ianya akan terjadi
beramallah dgn byk2 kerana kita xkn tau bila kita akan dipanggil balik.
Risau beberapa jumaat je lagi :)
bro sakit apa?
sakit biasa-biasa je…
semua orang pun boleh gak terkena sama
dunia adalah sementara, akhirat sana adalah kekal selamanya..
kte pinjam je bdn ni dekat DIA..
bro ada penyakit apa?
ko ada sakit ke bro?sakit apa?