January 26, 2025

Perhimpunan Pelawak Terbaik Asia Di KLCC

Malam tadi bro berkesempatan ke Media Conference di Twenty.One Tables+Terrace.

Ianya bertujuan untuk mempromosikan Kings and Queen of Comedy Asia 2 dan juga Comedy Club KL Season III.

Pelawak terbaik Asia sekali lagi di kumpulkan bagi memeriahkan Kings and Queen of Comedy Asia 2.

Ia merupakan persembahan Stand-up Comedy secara langsung terbesar di Asia.

Kings and Queen of Comedy Asia 2 akan di adakan di Plenary Hall, KLCC pada 18 & 19 November 2011 dari pukul 8.30 – 11.00 malam.

Antara pelawak yang akan hadir
– Sugar Sammy (India / Canada)
– Harith Iskander (Malaysia)
– Paul Ogata (Japan / US)
– Vivek Mahbubani (Hong Kong)

Dan akan dihoskan oleh Joanne Kam (Malaysia).

Tiket boleh di dapati di www.ticketpro.com.my atau www.airasiaredtix.com pada harga RM 88, RM 128, RM 198, RM 298

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi Kings and Queen of Comedy Asia.

Singapura juga telah menganjurkan Kings and Queen of Comedy Asia pada 28 & 29 Oktober 2011 di Esplanade Theatre.

Bicara Bro : Walaupun kebanyakan mereka dari luar Malaysia. Tetapi mereka berusaha untuk menyesuaikan lawak tersebut dengan keadaan Malaysia.

Memang terbaik persembahan yang mereka tontonkan pada bro malam tadi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Perhimpunan Pelawak Terbaik Asia Di KLCC

    1. he..23x yup betul…

      bro nie kali ke-2 layan lawak dorang secara life.. bagi bro ok je..

      Memang layan je…

      Walaupun dalam english… Kadangkala dorang selitkan gak bahasa cina n india.. walaupun tak beberapa nk faham.. tp tetap mampu ketawa

  1. bahser bkn 1 masalah dlm lawak. tgk mcm Jambu dlu kan? tahaperhaper bahser tp sbb cara depa sampaikan tuh, semer org leh gelak. kalo dh smpai mcm tuh, mmg tahap pro ah… besh neh kalo ader pree invite…hihihiihh

  2. aku kenal sorang je,harith iskandar.yang lain tak pernah nampak pulak muka diorang…
    mesti diorang ni lawak in english.tu yang aku tak faham tu.huhu…
    kan bagus kalau harith iskandar ni masuk maharaja lawak mega :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *