December 3, 2024

Bodahnya Perempuan Bila Lebih Utamakan Teman Lelaki Berbanding Keluarga

Bro tak tahu nak komen macam mana pasal kes nie.

Mungkin umat akhir zaman macam nie kot. Mereka mudah hilang pertimbangan dan tidak mampu membezakan mana yang baik dan buruk kepada mereka.

Pagi ini,

Bro terbaca pasal kes, remaja perempuan yang hilang iaitu Ameerah Asha Azizan yang hilang  hari lepas selepas habis kelas tambahan.

Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.

Beliau yang merupakan pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.

Rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong.

Beliau sebenarnya tidak hilang sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikan untuk mendapatkan wang.

Motif..??

Inilah yang terjadi bila tiada pertimbangan diri.

Teman lelaki lebih diutamakan berbanding dengan keluarga sendiri.

Bicara Bro : Susah ke nak fikir baik buruk.

Lebih utamakan teman lelaki yang masih muda remaja siap tidak mempunyai perkerjaan dari keluarga yang selama ini melahirkan dan membesarkan korang.

Bro amik topik Ameerah Asha Azizan bukan nak memburuk-burukan dia.

Tetapi nak membuka mata sesetenah gadis diluar sana. Teman lelaki korang belum tentu menjaminkan anda menghidu bau syurga.

Iklan : Jom temui bro di laman sosial Malaysia – Octove.com,

http://4.bp.blogspot.com/-izPNSIwj-tQ/Tkmuca0ZuXI/AAAAAAAAFT0/8mrdF4Is84s/s640/ameerah.jpg

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Bodahnya Perempuan Bila Lebih Utamakan Teman Lelaki Berbanding Keluarga

  1. sbg perempuan…malu betul la rasa bila ada jugak anak gadis yang sanggup buat macam ni. Dengan usia semuda tu, hanya yang baik ja yang nampak….dunia sebenar tak nampak lagi, sebab tu sy maleh cari boipren tu..hahahah

    1. terdesak kenapa pun xtau la…

      dalma kes nie, xpasal2 mak bapak pun malu.. dorang punya la risau…

      entah apa la jadi dekat anak mereka selama 6 hari menghilang nie kan…

      bulan puasa pula tue

    2. tu la psl..diorg ni tak pk langsung akibat tindakan diorg tu..kesian mak ayah dia kan. risau gile, skali tau kena tipu ngan anak..haiihh..ape nak jadi la budak2 skang ni.

  2. Bro, mereka tak bodoh, cuma pendek aqal dan tidak berfikir panjang dan sebijak bijaknya. Na’u zubilah hi min zaliq, aku ada anak dara comel umur setahun lebih, mudah mudahan di jauhkan kami dari perkara sedemikian.

  3. She’s still young and knows nothing about life. I think the one that is the mastermind in this case is the boyfriend. Then, we can’t blame the parents as maybe they do their best but in other concept, this is like a duplicate from english movie, “Excess baggage” and hisdustani film. I think, the boyfriend follow the plot of the movie and who’s to blame? think about it….

  4. ishk3.. pandai budak2 zmn skrang.. tue laa byk sgt terpengaruh ngn tv.. huhu

    sia2 jer ajaran mak ayah dari kecik. adoiiiyaii.. lelaki pulak suka ambil kesempatan kat budak2 perempuan yg lugu camtu.. (lugu tu ade ke dlm bahasa melayu? ehehe )

  5. memang bodoh. harap perkara ini tak terjadi pada keluarga aku nanti. Tgk mak die bukan main alim lagi. tapi anak mcm tu pulak. memalukan keluarga betulla budak nie.

  6. betul.. sekarang ni ramai perempuan yang lebih mengutamakan buah hati dri keluarga nie. sedih bile baca berita2 camni..

    mintak2 dijauhkan. :)

  7. erm..tentang die ikut teman lelaki lari tu, takde le terkejut sangat..sebab sekarang mmg banyak kes macam tu kan..lari sampai ke Lombok..oversea lagi tu! tapi die plan nak rancang penculikan n mintak tebusan RM50K tu memang tak boleh blah! plan nk aniaya mak ayah sendiri..anda sanggup..? na’uzubillah….

  8. bila aku kata banyak remaja perempuan hari ini bangang, diorang marah. Tapi dok hari-hari keluar surat khabar, siapa yang tak bengang??

    1. Jiwa memberontak sesangat,

      Aku risau gak cam mane nk didik anak perempuan. Bukan senang nak jaga.

      Walaupun betul cara didikan. Faktor persekitaran juga mampu mempengaruhinya…

      Tak kan nak bagi dorang bace akhbar satu persatu pasal kes ini baru dorang sedar.

      Nie asik baca URTV, Mangga la.. lagi ape ek..?? Semua majalah hiburan dan gosip.

  9. Ya Allah hape a nak jadi kan,,
    dia belum nampak dunai sebenar tu yang buat benda bodo kan,,
    nanty dah terjatuh baru dia tau penting nye keluarga dia ish,,
    yang tak boleyh belah sanggup lari n tipu duet mak bapak sebab ,lelaki yang mengangur n xdew masa depan ishh ,,hope tak akan jadi dekat keluarga yart amin…

  10. AKU PUN TAK PAHAM POMPUAN NI MUDE BELIA MENTAH LAGI , TIME NI MEMANG MUDAH TERMAAKN PUJUK RAYU JANTAN JONGOS YANG NAK MENGHABEH BOREH JE,, TAK BERTANGGUNGJAWAB, JAHAT,JONGOS , JAHIL DAN NAIF, MEMALUKAN LAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *