Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan dinilai semula bagi tujuan untuk diserapkan ke jawatan tetap.
Tetapi mereka perlu memenuhi dua syarat utama yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
Dua syarat tersebut adalah :-
- Mereka telah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun
- Berusia tidak lebih 35 tahun pada 31 Disember 2010.
Pengambilan tenaga pengajar GSTT sebagai guru itu sejajar dengan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam bulan Jun 2011
Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing telah diarah mengenal pasti kesemua GSTT yang terlibat untuk dipanggil semula.
Calon-calon yang berjaya akan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru.
Dan sejajar dengan pengambilan GSTT itu, tiada pengambilan baru untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan dibuat tahun ini.
Bicara Bro : Ramai yang nak jadi cikgu sebab perkerjaannya terjamin.
Ingat nawaitu korang, bukan pergi sekolah nak melaram atau berniaga. Sampaikan anak didik sendiri dididik acuh tak acuh.
Hasilnya…??
Tengoklah apa yang terjadi kepada anak bangsamu masa akan datang :)
setuju dgn pendapat bro…guru skrg nih (bukan semua) betul2 nak mendidik…hnya sekadar menjadikn pekerjaan nih sbagai pilihan terakhir lpas tak dpat apa2 twaran kerja lain…huhuhu…
yup betul tue..
ramai yang bro jumpa… time dorang berlajar pun jelas2 menunjukkan mereka sendiri tidak mampu menjadi pendidik
Tension gak jd pendidik hie… hya dgn pengalaman bru kita dpt menilai seorg pendiiidik nie…. (menyesal sbb dlu2 xtering nk mntak gstt, bkn sbb xmnat tp sbb tkut xdpt menyambung)……….
ya, guru tanggungjawab sangat berat sebab menjadi contoh bagi anak murid. apa guru buat,tentu anak murid ikut je lebih2 lagi sekolah rendah.
macamana ek nak apply jadi guru sambilan ni? nak jadi cikgu sementara menganggur ni >.<"
Kena pergi jabatan pendidikan daerah. Tanya ada kekosongan ke.. xpun tanya mana-mana sekolah…
if ade, n kenal guru besarnye.. mintak dorang cadangkan kamu :)
Nak jadi cikgu, hati perlu ikhlas…
hari ni kita didik anak orang, esok esok orang akan didik anak kita…
what you give is what you’ll get back…
Betul tue cikgu,
Sebab tue kenkadang ada anak cikgu yang xmenjadi.
masa sekolah dulu su ade bercita cita nak jadi cikgu
Bro sedikit pun xterlintas nak jadi cikgu
Sebab rasa xmampu nak jadi kot
saya nak jadi cikgu… apply maktab 2 kali xpenah dapat.. sedeyyy… :(
Bro xnak jadi cikgu.. sebab tue x apply mana2..
if jadi cikgu.. rasanya bro la selalu masuk hospital… darah tinggi tak terkawal
Senasib la kita cik faten…. sedih sgt2…..
setuju tu bro..ramai jugak yg tukar profession kepada guru sbb lebih terjamin..or takda pilihan lain.. dan hasilnya ada cikgu yg tak pentingkan tugas mendidik tu..hmm
dorang menjalankan tugas mengajar tetapi bukan mendidik
secara tak langsung dalam mengajar tu diorang mendidik gak kan? :)