November 13, 2024

[BroFramestone Ditanya] Buli Membuli Amalan Turun Menurun

Buli membuli merupakan amalan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain.

Tak percaya..??

Bro nak bertanya kepada mereka yang pernah rasa [yang tak rasa dibuli, sila baca sahaja].

Pernahkah korang di buli oleh senior anda semasa di sekolah, asrama mahupun di universiti + tempat kerja?

Jika pernah,

Pernahkah korang buli junior bawah korang pula seperti mana yang pernah korang kena. Atau lebih dari itu?

Bro tertarik dengan segmen yang di anjurkan oleh salah seorang yang suka komen di blog bro iaitu Fahmi – Cerita Fahmi.

Apa itu buli?

Perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.

Pengalaman Dibuli / Membuli

Tipu la katakan if bro tidak pernah dibuli atau membuli. 7 tahun duduk asrama. Di universiti pula bro antara yang teratas [ops, yang ini tidak boleh dikongsikan]

Dah namanya pernah menjadi junior,

Tipu jika dikatakan bro tidak pernah dibuli, cuma agak kurang je. Sebab bro agak low profile dan ada kes dengan senior sehinggakan ada senior yang tidak berani nak sentuh bro.

Bab membuli pula,

Bro selalu membuli bertempat, tidak pernah tidak bertempat. Dalam dorm, sekolah, bilik prep, toilet mahupun di padang sekolah. Pasti ada yang kena. Baik aspura mahupun aspuri.

No respect je. Ada la yang kena.

Walaupun bro nie agak sejuk sikit di asrama. Ramai gak la yang malu dengan bro lepas apa yang terkena dengan dorang. Yang pasti aib dorang tetap bro jaga sampai la nie.

Dibuli di sekolah?

Entah xpernah pula merasa di buli di sekolah. Bro antara pengawas yang paling sporting dekat sekolah. Takat samseng or kaki kuar masuk balai tue. Dah macam member dengan bro.

Bertembung je bagi salam or bersapa, gelak2 dan lepak makan bersama.

Apa mahu takut. Dorang manusia juga. Bro pun manusia juga, xsalah bercampur bergaul. Bro tak kacau dorang, dorang tak kacau bro sudah.

Tapi, apakah cite dorang sekarang ek? Hidup lagi ke tak. Tapi ada yang sudah berkeluarga & banyak berubah. Alhamdulillah.

Situasi 1 :-

Anda seorang yang sangat nakal dan pada suatu hari senior anda telah pukul anda untuk memberi pengajaran. Apakah tindakan anda? Mengadu kepada ibu bapa dan serang sekolah atau terima ia sebagai satu pengajaran?

Bro tak pernah mengadu dibuli.

Dan bro tidak pernah dipukul oleh senior sejak kes bro belasah sorang abg senior form 5 yang paling taiko semasa bro masih lagi di form 1.

Kes besar gak tue he..23x

Memang senyap terus dah dia bila lalu dengan bro. Time tue saksi ada 2 orang je.

Situasi 2 :-

Anda mempunyai seorang anak yang sangat nakal dan perangai macam tutt..Tiba-tiba suatu hari dia mengadu ada senior pukul dia. Apa yang akan anda lakukan sebagai seorang ibu ataupun ayah??

he..23x u r my son. memang layak dipukul.

Bagi sodar sikit langit tue tinggi ke rendah. Walaupun bapak mu nie nampak je merendahkan diri yang sedia rendah ini.

Memang pantang bapak biarkan orang pandang rendah pada bapak.

Kamu fikirlah mana yang terbaik buat kamu dan apa yang kamu nak jadi.

Nama kamu bukannya Shazali he…23x

p/s- nasihat bapak kepada anaknya

Tidak semua orang suka di buli, dan bukan semua orang nak membuli.

Teringat lagi cerita Juvana malam tadi. Gengsterisme bermula dari rumah. Dan mungkin juga dari Sekolah, asrama ataupun keadaan sekeliling mereka.

Bro tak tahu nak tag sape2. If rasa nak join, bro amat alu-alukan dan korang hanya perlu datang ke blog fahmi.

Bicara Bro : Maaf pada junior aspura dan aspuri yang pernah bro buli dahulu. Dan bro maafkan mereka yang pernah buli bro dulu.

Maaf juga bro tujukan kepada senior-senior semasa di zaman Universiti yang tidak mengetahui bro adalah junior korang.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sebatch yang mati-mati ingat bro adalah senior korang + fasi semasa sesi suai kenal dulu. Gila kena buli korang ek.

Iklan : Bro nak buli korang join contest ini

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “[BroFramestone Ditanya] Buli Membuli Amalan Turun Menurun

  1. Komen untuk situasi 2 :

    Kalau semua, diulang…SEMUAAAA mak ayah berfikiran mcm Bro, pasti sekolah adelah kembali menjadi seperti zaman kita bersekolah dulu2, di mana tempat guru adelah sangat mulia di sisi masyarakat…

    Takkan wujud kes saman menyaman mcm zaman sekarang. Anak2 tak boleh disentuh, tak boleh didenda berdiri, tak boleh ketuk ketampi dan mcm2 lagi yang kita pernah rasa di zaman kita sekolah dulu…

    Lantaran itu, anak2 sekarang adelah sangat manja dan mua perangai nya. Dia tahu, jika dia buat salah, balik rumah tukar sikit cerita, pasti mak bapak sangat rela untuk datang serang cikgu.

    Sakit kepala fikir semua ni…

    1. He..23x terima kasih :)

      Sebab bro nak anak2 bro berdikari dan mampu hidup dalam dunia yang kejam nie…

      either nak jadi yang dibuli atau nak jadi macam bro, yang kejam bila bertindak.

      Ada je yang trauma sampai sekarang…

      Ada yang jumpa bro, mengelak

      Ada yang xberani nak tegur bro…

      So kita pilih mana jalan terbaik bagi kita

  2. wah betol lah bro,, terinagt masa zaman yart skolah dulu adeh nakal tak hingat!! maklumlah sekolah dekat sekolag semua perempuan so memang tak pandai nak malu,, bab membuli ni jangan citerlah,, yart jarang kena buli sbab poyo2 campur dgn senior, n yang paling tak boleh lupa masa fom 3 yang sepak muka junior sebab kurang hajar n last2 ibu kena panggil pg sekolah, teros menyesal tan nak buat lagi..

    heheh saja syer cerita ;)
    so adiq2 kat luar sana jangan bua macam ni yer hancur hati ibu n abah korang ;)

    1. he..23x oh cam tue ek…

      bro masa sekolah dulu xde la nakal.. baik je.. tapi kejamnye tetap ada…

      dulu bro sekolah semua lelaki, form 6 je ada perempuan… aspuri pun budak sekolah lain. dorang menumpang asrama sekolah bro..

      ada gak jadi kes polis.. ada gak memember tidur lokap.. ada yang kena buang asrama + sekolah

  3. saya pun tak pernah nak ngadu2 kat parents bila ade ape2 hal kat sekolah dulu…sebab rasa macam tak perlu nk panjangkan cerita…huhuhu….

    saya mungkin dalam kategori pelajar biasa2 kot kat sekolah teknik dulu….org lain kecoh2…saya mcm tu jugak…hehehe…

    1. sekarang nie… orang dok cakap, wah blogger muka macam #retis kan he…23x

  4. hoho..buli diaa!!! kehkehkeh.

    Time skolah ni mn yg tak penah kena buli dan membuli. sy lu ada gak la kena sket2..tp tak la tahap hadrcore. n membuli tu pun sikit2 je la. tak la smpai mnyusahkan org.. but ms skolah rendah (darjah 1 – 2 ) dulu mmg agak nakal sket la.

    knapa tak kena buli? hehe..dr skolah rendah smpai la menengah sy ni student feveret kebanyakkan cikgu..so senior2 tak brani nak usik2 sy sngt..n sy lak geng ngan pengawas2 n top student skolah..kekekeke..lg la takda yg brani usik kan.

  5. membuli dan dibuli ni leh berlaku di mana-mana sahaja..ada yang menganggap tu sebagai sakat-sakat biasa je.

    Saya pernah kene buli dan juga saya pernah membuli(sian diorang yang pernah kene buli dengan saya)

    tak ada pun mengadu ngan mak ayah..sebab tak melibatkan keganasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *