Saiz burger mungkin seperti gambar di atas.
Apa yang anda perlu buat? Hanya makan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sesuai untuk mereka yang ingin makan free atau jenis makan xbaca bismillah. Selagi boleh sumbat, dia akan sumbat.
Bro rasa macam nak join je, pertandingan makan-makan ini. Cuma keadaan tidak mengizinkan bro jadi seperti dulu. [faktor kesihatan]
Apa yang perlu anda makan:-
- Burger King Size
- Ruth Beer-float
- Fred Fries
Dan apa taks yang perlu anda selesaikan:-
- Satu set makanan ini bernilai rm 49.90
- Anda perlu habiskan dalam masa 30 minit
- Perlu habiskan tanpa bantuan dari sesiapa [kecuali tukang sorak, tukang amik picture + tukang gelak]
- Kalau gagal, just bayar RM 49.90
- Pemenang yang mempunyai masa terpantas akan mendapat wang tunai RM 500
Jika anda berminat,
Anda perlu membuat tempahan, [untuk mereka menyediakan meja makan dan hidangan beserta dengan kamera dan seangkatan dengannya] Banyak member, boleh nikmati diskaun 50%
Tetapi ianya hanya di buka pada hari Selasa dan Ahad dari 3rd April hingga 26th April 2011.
Apa tunggu lagi. Tempahlah sekarang.
Lawat laman web mereka untuk maklumat lanjut.
Bicara Bro : Teringin nak makan burger besar punya tetapi free atau pun orang belanja.
Tertiba terasa lapar la pulak. Ada sesiapa nak ajak bro layan Goliath Challenge dekat Frames Cafe
best jugak kalau boleh test laju mane kita makan kan. hikhik :P
bro teringin.. tetapi bro dah tahu kemampuan bro sekarang nie
hahahaha nak share lah ni XD
xboleh share la…
if share xleh makan free
emmm. halal ke tak? @_@
adeh.. xnampak pulak cop halalnye
tadi igt nak join, tapi tengok tempat tu siap serve a**k -__-
dh usha ke tempatnye..??
tak, gambar FB fanpage..
tapi tak tau la bar dgn cafe tmpt sama.
~.~
adoiii byk tol dugaan kalau berpuase nih… besaunye gmbr berger tuhhh wat My terliur je..T_T
puasa sunat ek…
benda nie hari selasa dan ahad je.. mmg besar pun.. antara sanggup atau tidak je
sapa yang nak cungkil bakat mentekedarah tu, bley la masok. hehe
Bro dah xmampu cam dulu dah
halal tue
pasti ke halal ek…?? ada yang cakap tidak
die punye besar takleh lawan burger kafe paprika utp ni lagi tapi hadiah die lumayan tuuu…. :D
berapa harganya ek..
kot2 bro turun UTP boleh la kita melantak ek
ada tiga jenis, sekilo, sekilo stengah ngan 3 kilo..
untuk maklumat lanjut ada kat sini,
http://www.kafepaprika.com.my/biggest_burger.php
http://malaysiasbiggestburger.blogspot.com/
tengok pon dah gerun..hoho
kes setenagh kilo pun bro xlarat nak habiskan.. inikan pulak burger he…23x
memang tabik gile sape boleh habiskan burger tu..
kalo wani masuk kompom kalah
pasti ke kalah :)