Update lambat berhari-hari.

Seperti yang pernah bro bagitahu 2 malam yang lepas.

Bro berada di Putrajaya [after kerja balik rumah mandi2 then drive terus dari Perak ] semata-mata nak tunjukan keberanian meneriam cabaran dari Ben Ashaari yang dok ajak jumpa dari pagi di twitter, facebook mahupun di Sahabat Blogger.

Dan akhirnya,

Bro dapat jugak jumpa dengan Ben, dan seperti biasa. Bro tetap lupa nak bergambar berdua dengan Ben. Maybe masing-masing kurang berminat kot. Ye la, kami berdua bukannya lelaki misteri pun kan.

Dan entry kali ini bro update dengan beberapa gambar yang ditangkap dan dicuri dari blog shahazrin.com he..23x Halal ek

Layan je gambar-gambar yang ada.

Semua jejaka-jejaka terhangat kan. Dan ade satu bunga di situ iaitu si dia bro [macam biasa la kan]

Ini antara mereka yang hadir:-

Dan yang menariknya,

Bermula dari satu meja, bertambah menjadi dua, kemudian 3 dan akhirnya 4.

Cadang nak buka lebih, tapi xleh nak bermanja-manja rapat-rapatkan.

Bicara Bro : Lepak-lepak macam ini sebenarnye bagus dari lepak xtentu hala. masing-masing kuar rokok, suit2 awek or dok prem2 motor je

Sepatutnya ada meja ke-5.. tapi dorang datang lambat, dalam pukul 2 [alasan sesat], dan kami reramai blah pukul 1.30 pagi.