Assalamualaikum wbt & salam hujung minggu.

Bro selamat sampai ke rumah dari bercuti sakan di rumah mertua bro di Ipoh. [bunyi cam jauh je kan]

Tapi kalu si bro yang bawak, sure sejam dah sampai. Cuma baru2 nie dia pelik coz bro lagi laju dari itu.

[iklan masyarakat – dimana ada kemahuan, di situ ada highway. ]

Bro gerak ke sana jumaat malam after si dia sampai ke rumah bro & dinner bersama keluarga baru bergerak ke Ipoh.

Sabtu –

Bro kena menghadiri 2 kenduri kahwin dan 2-2nya adalah rakan bekas seUniversity bro.

Yang pertama dekat Pekan Razaki, Ipoh

Bro dulu rapat juga dengan bakal pengantin, cuma setahun dua nie kami rapat dengan adik bakal pengantin perempuan. Mungkin kerna dia blogger juga & pernah join mini gathering yang bro plan.

Elle namanya,

Status amat diragui, mulut kata single, hatinya cam sudah dimiliki. Tue hanya firasat bro je la. If ada yang nak menackle bakal cikgu English ini pastikan dengan niat yang ikhlas coz die tak nak di kecewakan.

Yang ke-2 di Taman Meru [kawasan perumahan baru]

Ke sini memang bro fail sedangkan ceruk Ipoh selama ini tiada masalah pada bro [even bro bukan orang Ipoh cam si dia bro]

GPS bro tidak mampu mengenalpasti kedudukan rumah pengantin

So terpaksa mintak bantuan rakan bekas seUniversity merangkap bekas rakan sesekolahan.

Sampai rumah terus terbungkang.

Malam gerak ke Pasaraya Gaint, Tambun.

Saja nak tukar mood shopping. Kata dah lama xshopping sama-sama he..23x [ops, tang nie korang xperlu la tahu selebihnya]

Cadang tergerak hati nak makan Satay Kajang yang dibuka di Kajang Tambun yang diwawarkan oleh rakan seblog kita yang kerap datang ke blog bro iaitu Kertas Kosong. Sekali tutup la pulak. [nie baru bro tahu kenapa tutup lepas baca blog dia]

Kejab lagi bro nak terjah blog dia. Pe2 pun thank juga buat Kertas Kosong coz pandai marketing & ajak bro bertandang ke kedai Satay Kajang dia (dia belum jadi owner ek- doa2kan akan datang ke)

Ahad pula,

Siap2 balik ke rumah bro pulak coz ada rakan seoffice bersanding hari ini. Wajib pergi. Karang dia merajuk, mahu 2-3minggu dok ngungkit & xpasal2 time tue bro kne pujuk dengan belanja makan he..23x

Family bro tiada di rumah. Coz esok adik bro ada convocation di PICC, Putrajaya.

Si dia bro, sudah selamat sampai ke KL.

Insya’lah if tiada pe2 masalah bro kan mula berkerja di bawah satu company dengannya cuma lain department pertengahan bulan ini ataupun hujung bulan setelah sebulan lebih dok mintak postpone [atas sebab-sebab tertentu]

Esok bro akan usulkan notis sebulan seperti yang dinyatakan oleh Pengarah bro last week.

Esok koje. Oh sedihnya, xcukup puas lagi berehat.