P1 Internet Dengan MiFi Broadband
Internet sepuas-puasnya dimana-mana.

Paling penting bila ianya boleh dikongsikan bersama rakan-rakan bagi beberapa peranti dengan liputan P1 Internet menggunakan MiFi Broadband Modem – untuk kepuasan sambungan ke 4G WiFi.

He…23x

Teringat peristiwa beberapa hari lepas.

Ada awek cun tegur, “Bro, macam biasa. Pinjam WiFi boleh?”

He…23x Demn…!!! Nampak sangat ke muka Bro nie macam pembekal perkhidmatan WiFi bergerak?

Rasanya ini bukan kali pertama dan dia bukannya satu-satunya insan yang memohon perkhidmatan WiFi Hotspot dengan buat muka comel dekat Bro.

Jika sebelum ini, Bro keluarkan iPhone 5 (Erm tak mampu nak upgrade lagi) dan buat perkongsian internet melalui Hotspot. Kali ini, Bro keluarkan benda lain pula, tetapi mempunyai fungsi yang lebih kurang sama.

Yang penting, bateri iPhone 5 Bro tidak cepat habis he..23x

P1 Internet MiFi Broadband ToGo

Memang Bro akui, tak semua pembekal rangkaian internet broadband di Malaysia mempunyai liputan yang menyeluruh. Ada juga kawasan yang mempunyai liputan yang kurang memuaskan.

Bro dah pernah cuba MiFi Modem ini dibeberapa kawasan yang kurang mendapat liputan P1, dimakna signalnya memang lemah (4G berwarna merah macam dalam gambar diatas).

Bagaimanapun ianya tidak mengecewakan Bro. Masih juga boleh online menggunakan laptop + 1 iPad + 1 iPhone (kiranya 3 peranti, menyesal tak cuba dengan lebih peranti). Ianya boleh menghubungkan 8 peranti dalam satu masa.

Yup 8 peranti.

Kalau kita guna hotspot pada smartphone, hanya mampu menampung beberapa peranti sahaja, itupun bukan semua dapat memiliki kelajuan yang sama.

Nak tahu lebih lanjut tentang MiFi Modem MX230 – Pocket Size 4G Portable, anda boleh layari P1 – Internet On The Go.

MiFi Modem MX230 – Pocket Size 4G Portable

P1 MiFi Modem MX230 - Your Personal 4G WiFi
MX230 – Modem 4G WiFi personal dengan bentuk yang anggun dan bersaiz tapak tangan. Ianya mampu menghubungkan WiFi kepada 8 peranti dalam satu masa dan baterinya boleh bertahan selama 6 jam.

Ianya didatangkan bersama dalam Pakej Internet P1 ToGo® bagi kelajuan 1Mbps atau 2 Mbps pada harga serendah RM59 sebulan.

Paling penting, Pakej kouta Unlimited juga disediakan.

So mai, mai datang dekat kalau nak share internet dengan Bro. Tapi hulur-hulurlah sikit, boleh tampung bayar bil bulan-bulan. Nak FREE je korang nie?

Anda boleh rujuk pakej yang ditawarkan di http://www.p1.com.my/togo/

Daftar P1 Online Media Associates | P1 Online Media Associates Facebook Group