You are here
Home > Ucapan > Selamat Pengantin Baru Rakan Sekolah – Ahmad Danial

Selamat Pengantin Baru Rakan Sekolah – Ahmad Danial

Majlis Perkahwinan Rakan Sekolah Ahmad Danial Abdul Rahman
Selamat pengantin baru buat rakan sekolah, Ahmad Danial Abdul Rahman dan pasangan.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk hadiri majlis perkahwinan rakan sewaktu berada di Tingkatan 1-3 SMK Anderson, Ipoh. Nama je sekolah dekat Ipoh, masing-masing bukan asalnya dari Ipoh.

Sebab itu kot kami dok asrama.

Dah namanya sekolah lelaki. Maka lelaki je la yang ada, tapi asrama ada aspurinya – budak perempuan sekolah jiran yang menumpang asrama kami. Kira rezeki la ek. Tapi dorang start duduk sewaktu kami berada di tingkatan 3.

Majlis perkahwinan berlangsung di Puncak Alam.

Dekat je dengan rumah Bro yang terletak di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Rasanya kali terakhir jumpa mamat ini sewaktu Minggu terakhir persekolahan Tingkatan 3. Sebab chow dari asrama awal sebelum start cuti sekolah. Masa ambil result PMR pun tak jumpa dia.

Dan rakan-rakan yang lain, ada juga yang dah lama sangat tak jumpa.

Ada je yang selalu jumpa.

Sebab dulu duduk satu rumah sewa dan lepas kahwin ada juga Bro datang jenguk lepak dekat sana juga.

Oh minggu ini ada salah seorang dalam gambar ini yang akan mengakhiri zaman bujangnya. Alhamdulillah, terbuka juga pintu hati wartawan hiburan Galaksi ini untuk berkahwin.

Yang lain, bakal menyusul.

Bro….

Tunggu je la… Kot-kot ada rezeki lagi kan he…23x

Bila ingatkan balik. Rupanya kami semua budak satu kelas, dan mamat ini rupanya ketua kelas kami. He..23x baru ingat doh.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

2 thoughts on “Selamat Pengantin Baru Rakan Sekolah – Ahmad Danial

Leave a Reply

Top