April 25, 2024

PhotoShoot Bersama Namee Roslan

Photoshoot Iklan Bersama Alam Wakaka dan Namee Roslan
Baru-baru ini Bro berkesempatan menghadiri Photoshoot untuk “model iklan” bersama Namee Roslan dan beberapa selebriti Malaysia.

Walaupun sudah bertahun mengenali Blogger Namee Roslan dan bersembang melalui social media dan beberapa kali berbual dalam phone. Ini merupakan kali pertama kami berjumpa. Walaupun sudah mempunyai anak sorang, tetap nampak macam anak dara.

Berbeza beno dengan Bro he..23x

Walaupun Bro sudah beranak sorang. Nampak gaya macam Bro masih mengandung lagi he…23x

Nampak gaya lepas ini, perut perlu dijaga atau biarkan sahaja menjadi aset paling berharga. Ada orang cakap, sebab perut Bro. Dari jauh dah boleh perasan yang itu adalah Bro.

Betul ke Bohong?

Photoshoot Iklan Bersama Alam Wakaka dan Namee Roslan
Selain Namee Roslan, terdapat selebriti yang turut serta – Alam Wakaka.

Antara selebriti yang Bro rasa gila-gila dan masuk dengan kepala Bro. Sebelum datang ke tempat Photoshoot dia cakap, dia perasan Bro lalu depan dia cari tempat ini. Sebab dia sendiri pun tak tahu tempat ini dekat mana.

Awat la Bro x cam dia ek?

Kalau tak ada gak member lepak sat sambil tunggu orang call bagitau dekat mana lokasi photoshoot ini.

Gambar Blogger Selebriti Beraksi

Photoshoot Iklan Bersama Alam Wakaka dan Namee Roslan

Photoshoot Iklan Bersama Alam Wakaka dan Namee Roslan

Photoshoot Iklan Bersama Alam Wakaka dan Namee Roslan

Gambar photoshoot?

Bila Bro terima nanti, Bro akan kongsikan dilaman sosila dan blog :)

Selain kami bertiga, Terdapat sorang lagi selebriti – Zulkifli Bujang – Pengacara Selamat Pagi Malaysia, DJ etc. dan Part time lecture di UIA.

Zulkifli Bujang

Semata-mata nak cukupkan kami 4 orang dalam gambar, beliau sanggup buat begini.

Sedangkan Bro dan Alam Wakaka dekat belakang masih lagi belum bersedia. Ini mana aci… (waktu ini, Bro dan Alam sedang berduet beraksi didepan kamera.

Tidak lupa juga juga Mummy Blogger – RubydotMy yang datang lambat sebab busy dengan jemputan lain. Retis u’lll….

Namee Roslan Ruby Bro Framestone

Buat masa sekarang,

Bro tak boleh nak reveal iklan apa yang kami terlibat. Nantikan je la..

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “PhotoShoot Bersama Namee Roslan

  1. Dalam ramai2 selebriti blogger di atas, bro nampak paling matang sekali. . Aura seorang bapa jelas terpancar pada diri bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *