Samsung Galaxy Grand - RM999
Salah ke pengguna iPhone menggunakan Android sebagai telefon kedua mereka?

iPhone Bro terpaksa dihantarkan ke wad sebab dah lebih 4 bulan rosak. Dalam tempoh tersebut tak sampai hati nak hantar sebab tak berduit dan terpaksa berpisah dalam tempoh waktu yang lama.

Alang-alang Warranty tinggal sebulan je.

So hantar kedai biasa (pakar Apple) dan harga nak repair boleh tahan juga. Tapi cepat sikit siap, berbanding guna warranty.

Bro tak pasti under Maxis atau Apple sendiri, kalau kita hantar iPhone untuk repair, mereka akan bagi iPhone sementara untuk kita gunakan.

Alang-alang,

Hantar kedai, repair iPhone. Kemudian cari phone lain. Alang-alang beli, baik angkat Android Phone je.

Sebabnya?

Ada banyak apps yang ada pada Android tiada pada iPhone. Dan kerje bro sekarang ini, memerlukan Bro guna phone yang berbeza (jangan tanya apa kerja Bro).

Dan jangan tanya kenapa Bro angkat Samsung :)