17,149,399 total views, 703 views today

Etika Menonton Persembahan Di Istana Budaya

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Istana Budaya Malaysia

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang etika menonton sebarang persembahan yang berlangsung di Istana Budaya.

Disebabkan esok Bro pertama kali pergi ke Istana Budaya untuk menonton Lawak Ke Der 3. Rasanya tak salah Bro kongsikan etika ini kepada pembaca blog ini. Tak nak ada kes yang tidak dibenarkan masuk walaupn beli tiket mahal-mahal.

Orkestra/Koir
Sut rasmi, batik atau kemeja lengan panjang.

Teater
Kemas, sopan dan bersesuaian.

Tidak Dibenarkan Memakai
Seluar jeans yang lusuh/koyak, kemeja T berkolar bulat, seluar pendek, pakaian menjolok mata, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar.

Peringatan Penting

  • Penyambut tetamu Istana Budaya berhak menghalang sesiapa sahaja yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut daripada menonton persembahan. Program yang dijadualkan bakal berubah tanpa notis awal.
  • Tiket yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar.
  • Penonton mesti berada di tempat duduk 15 minit sebelum persembahan bermula.
  • Penonton yang lewat akan dibawa ke bilik menunggu sebelum dibenarkan masuk ke auditorium pada masa yang sesuai.
  • Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam auditorium kecuali bagi produksi khusus untuk kanak-kanak.
  • Hanya bagi persembahan matinee sahaja, kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dibenarkan masuk dengan syarat ditemani oleh orang dewasa. Bayaran akan dikenakan untuk menonton.
  • Kamera dan sebarang alat rakaman tidak boleh dibawa masuk tanpa kebenaran Pengurusan Istana Budaya.
  • Telefon bimbit dan alat kelui hendaklah dimatikan sewaktu memasuki auditorium.
  • Merokok, membawa makanan dan minuman ke dalam auditorium adalah tidak dibenarkan sama sekali.
  • Penonton dinasihatkan supaya menjaga barangan berharga. Istana Budaya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan terhadap barangan tersebut.

Penonton Yang Terlewat
Semua persembahan akan dimulakan tepat pada waktu yang dijalankan. Penonton yang lewat tidak akan dibenarkan masuk sehinggalah tibanya waktu yang bersesuaian. Kakitangan kami akan membawa mereka yang lewat ke tempat duduk.

Jangan pula anda ikut kepala anda sendiri berniat nak mencabar peraturan yang telah ditetapkan. Tak pasal-pasal anda juga yang rugi tak dapat menonton walaupun bayar tiket memahal.

Kredit : Istana Budaya.

Bicara Bro : Teringat lawak kumpul Boboi dalam Lawak Ke Der pasal Istana Budaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 thoughts on “Etika Menonton Persembahan Di Istana Budaya

  1. laa,, banyak pulak peraturan dia,, hadeiii

    1. So kena ikutlah, ke muja nie jenis tak suka ikut peraturan he..23x

  2. uish…banyak nya peraturan dia….

    1. Memang banyak.. Tapi xde la membebankan sebenarnya..

  3. Ramai juga yang pakai suar jeans…

    tapi sepanjang pengalaman kie memang xkan langgar etika lah…

    sebab diri kita kan menggambarkan profesionalism kita…

  4. ketat jugak peraturan nak masuk Ib ni ekk.. selalu tgk teater DBKL @ Taman budaya jer… boleh snap pic lagi masa teater sedang berlangsung.

  5. Terima kasih di atas perkongsian info. . Seumur hidup saya belum pernah lagi berpeluang menjejakkan kaki ke istana budaya. .. Lepas ni kalau ada peluang ke sana, tahulah protokol yang perlu dipatuhi. .

  6. Pertama kali hendak masuk Istana Budaya. Harap tidak ada masalah esok.

  7. Susah plak nak masuk menonton kat Istana Budaya ni ek? 1st time nak pergi ni.. Harap2 takde halangan untuk menonton Lawak Ke Der 3..

    Pakai seluar slack, t-shirt berkolar dan kasut boleh kan, bro?

    1. Boleh. Yang penting selipar, t-shirt takde kolar, jeans yg koyak2 n pelik2, jangan pakai. Diorang pentingkan kekemasan. Air botol pun tak boleh bawak masuk taw.

  8. ketatnya..macam nak masuk dewan parlimen da…hehehe

  9. yeszzaa… sesekali pakai kemas dan smart sikit apa salahnya kan..
    boleh kita jaga prestige IB itu juga…..at least kann..

  10. nama pun ‘istana’ kena byk protokol dan peraturan

  11. oo macam tu ye. okeh. takde masalah. dah pakai baju keje pun. hehe

  12. Assalamualaikum,
    Disebabkan cara pemakaianku memang dah ikut peraturan istana budaya, tak ada masalah sangat.

  13. tempat standard sure ada peraturan yang ketat….betul tak Bro…?

  14. […] dengan berpakaian smart malam tu sebab nak kena patuhi etika penonton Istana Budaya. Pakai pakaian yang tak sesuai boleh kena halang daripada menonton […]

Leave a Comment