17,160,165 total views, 731 views today

Chicken Soup Noodle – Makanan Orang Nak Demam

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Chicken Soup Noodle
Chicken Soup Noodle

Itu nama yang tertera pada buku menu yang diberikan oleh waiter.

Eh mana waitress yang tempoh hari. Rasanya 3 bulan tak nampak dia. Kalau tidak mesti perasan lirikan matanya pada Bro (Perasan sorang-sorang)

Dah kahwin kot dia. Tunggu Bro lambat sangat nak masuk meminang dia he..23x (boleh kot terima dek akal sendiri).

Kisah berlaku 2-3 hari lepas.

Dari Perak ke KL untuk mencari nafkah keluarga. Stuck dalam jem yang luar biasa di persimpangan NKVE, maka terpaksa guna jalan lain.

Dalam ofis,

Jari jemari dok vibrate macam orang kena Parkinson. Tekak dah rasa semacam, kepala berpinar-pinar. Oh dah sampai musim demam rupanya.

Melangkah perlahan-lahan keluar ofis, hampir terjatuh berdekatan dengan lift.

Slow-slow melangkah ke kedai makan port yang selalu Bro makan. Walaupun mahal, rasanya disitu je yang kena dengan tekak Bro. Kedai lain yang ada pun mamak, lain-lain kedai yang sememangnya 100% tak halal hidangannya.

“Nasi goreng Indonesia?” kata waiter warga ….. yang selalu mengambil order Bro.

“Tak, nak try menu lain” balas Bro

Sup menjadi pilihan, belek-belek ke hidangan berasaskan sup. Hanya Chicken Soup Noodle sahaja yang ada. Jadilah kan.

Walaupun supnya tak sepekat Sup Meletup atau Sup Kaw (dah pindah ke mana kedainya nie), tapi jadilah dari tiada kan. Memang berpeluh-peluh menghirup sup ayam yang panas sambil menikmati Teh O Ais Limau.

Eh, Teh O Ais Limau? He…23x chow

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 thoughts on “Chicken Soup Noodle – Makanan Orang Nak Demam

  1. kalau pekena petang-petang memang sedap..kalau tengah hari..adoi..peluh la menitik

    1. Tengah nak demam… Terpaksa juga perkena…

  2. Yang tak demam pun suka makan sup. lagi2 bila ada yang nak belanja. Hehe

    1. Tang belanja tue, orang kenyang pun boleh rasa lapar balik he..23x

  3. my favourite…kalau makan sup-sup nie….

    1. Nanti boleh open table… eh bro balik Johor pun perkena sup gak hari2..

  4. itu pilihan terbaik untuk dimakan ketika tak sihat.. 😉

    1. Hampir melecur gak la lidah menghirup supnya… tak tahan tengok..

  5. Kesian demam. Bila sakit selera ini perlu dimanjakan kalau tidak tak makan.

  6. Kira okey la tue…. biasanya orang suka layan bubur je kan….

    1. Bubur tak selera la beb… Tak tahu nape..

  7. sup panas tu dah ok dah untuk orang demam, tp bab teh o ais limau tuh….hurmmmmm..musykil ni….org demam boleh minum ais ke?

    1. Boleh je minum… lepas tue tanggung sendiri he..23x

  8. lyeen pun klu pegi gerai makan selalu order sup-sup-sup-sup-sup..ahahhaa..x minat mkn goreng2..smpi kwn sckp..”ko x bosan mkn benda yg sama?”

    1. He…23x perlu bosan ke? Sedap ape kan.

  9. dah lama tak makan sup ayam. hoho

  10. mcm best je kalau bro yg belanje..gua pun tgh demam ni

Leave a Comment