You are here
Home > X Masak-memasak bersama Chef BroF > Laksa Kuala Masakan Che Mat Gebu

Laksa Kuala Masakan Che Mat Gebu

20131014-160919.jpg

Alhamdulillah dapat juga merasa laksa kuala aka laksa opah (tukang inspirasikan resepi) yang dimasak oleh Che Mat Gebu (blogger masakan yang femes).

Ini semua gara-gara dia suka promote masakan dan resepi di blog beliau.

Kemudian dia tag di facebook bro. Saja je nak bikin panas.

Tapi selamat gambar masakannya bukan setakat cantik, sedap juga masakan beliau. Tak sia-sia singgah ke rumah dia.

Hari ini, Bro dan isteri berkesempatan untuk ziarahi rumah beliau. (Last datang pun setahun yang lepas).

Kali ini, awal-awal pagi dia dah roger nak confirmkan Bro datang ke tak rumah dia.

Plan nak main serbu je, tetapi terpaksa ubah sebab terpaksa sms tanya direction pergi ke rumah beliau. He..23x bikin malu je.

Kehadiran kami kali ini, dihidangnya Laksa Kuala.

Cara menyediakan Laksa Kuala :-
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Ikan disiang (bukan dimalam), cuci bersih dan rebus hingga ikan masak. Keluarkan ikan, biar sejuk dan asingkan isi dan tulangnya. Tumbuk isi ikan hingga lumat (kalau blender kurang nikmatnya). Tulang ikan dikisar halus dan tapis. Asingkan stoknya.
  2. Tapis air rebusan ikan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, stok tulang ikan dan isi ikan yang ditumbuk. Tambah air lagi. Masukkan cili kisar dan asam gelugor. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan bunga kantan dan daun kesom. Masak dengan api sederhana hingga kuah pekat sedikit (dan hilang bau cili kisar). Perasakan dengan garam secukupnya dan serbuk perasa. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api…

Cara  menikmati Laksa Kuala :-

  1. Letak mi laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai. Sendukkan kuah laksa (kacau dulu), kemudian tabur bahan2 ulam (tabur secantiknya jika anda jenis suka ambil gambar sebelum makan).
  2. Letak telur rebus dan perah jus limau kasturi, gaul rata dan nikmatinya dengan membaca doa makan dan bukan upload gambar dekat instagram/fb.
  3. Dah makan baru upload. Bila member cakap nak sikit, cakap je dah habis makan.

Untuk resepi penuh, anda boleh lawati blog Che Mat Gebu.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

13 thoughts on “Laksa Kuala Masakan Che Mat Gebu

Leave a Reply

Top